

Pusat Internet adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana Pusat Internet yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalurlebar, Pusat Internet juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di Pusat Internet tersebut.
Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat adalah inisiatif Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dilaksanakan bagi mencapai objektif utama berikut:
Sehingga April 2018, sebanyak 174 Pusat Internet telah dibangunkan dan diuruskan oleh pihak NuSuara Technologies Sdn Bhd di bawah naungan Celcom. Pusat Internet tersebut terdapat di sekitar negeri Johor, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Pahang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.