Berita Terkini

Kisah Kejayaan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Mensudut Lama - Asmiza Binti Misman

14 November 2017 | Kisah Kejayaan

Nama: Asmiza Binti Misman Umur: 21 Tahun Pekerjaan: Surirumah dan Usahawan Online     Puan Asmiza berumur 21 tahun dikenali sebagai Miza oleh penduduk kampung merupakan penduduk tetap kampung mensudut yang kini bekerja sendiri sebagai surirumah dan usahawan online. Beliau memulakan kerjaya perniagaan online atau atas talian apabila menyedari bahawa ekonomi semasa tidak dapat menampung kehidupan beliau seharian. Masalah kekurangan wang menyebabkan keperluan beliau dari hari ke hari tidak dapat dipenuhi.   Setelah menyedari bahawa hobi dapat membantu beliau dalam menambah pendapatan, Puan Asmiza membuat keputusan untuk memulakan jualan langsung ke rumah kenalan terdekat sehinggalah ke rumah... read more

Kisah Kejayaan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Mensudut Lama - Puan Nurzetty Suraya

14 November 2017 | Kisah Kejayaan

Nama: Puan Nurzetty Suraya Binti Othman Umur: 19 Tahun Pekerjaan: Suri Rumah dan Usahawan Online   Puan Nurzety Suraya Binti Othman berumur 19 tahun adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Namun kini sudah setahun beliau menjalankan perniagaan atas talian apabila beliau terpengaruh dengan produk yang kini tular di media sosial seperti barang-barang kosmetik, aksesori dan pakaian.    Beliau berminat dengan produk-produk tersebut kerana ianya mendapat sambutan oleh anak-anak muda penduduk kampung Mensudut. Pakaian, aksesori, dan barang kosmetik yang menjadi trend terkini merupakan satu peluang untuk beliau menjalankan perniagaan dan menjana pendapatan sampingan. Dengan menjadi ahli pusat... read more

Kisah Kejayaan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Mensudut Lama - Puan Rubiah

14 November 2017 | Kisah Kejayaan

Nama: Puan Rubiah Binti Misran Umur: 32 Tahun Pekerjaan: Suri Rumah dan Usahawan Online   Puan Rubiah Binti Misran telah memulakan pekerjaan sebagai usahawan online sejak tiga tahun lalu bermula pada pertengahan tahun 2014.  Walaupun beliau pada asalnya hanyalah seorang suri rumah namun minat untuk berniaga tidak menghalang beliau untuk menjual produk. Berumur 32 tahun dan mempunyai kelebihan membuat gubahan merupakan satu anugerah bagi diri beliau untuk menjalankan perniagaan secara langsung dan atas talian.    Beliau mula memasarkan produk melalui internet apabila permintaan untuk pembuatan bunga telur mendapat permintaan dari penduduk kampung, jiran dan kawan-kawan. Sebagai seorang... read more

Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Advokasi PI1M

13 November 2017 | Berita Terkini

Pada tarikh 8 November 2017 PI1M Kg Mensudut telah bekerjasama dengan pihak Sekolah Kebangsaan Kampung Mensudut menjayakan program Hari Kanak Kanak Peringkat Sekolah. Pihak sekolah seramai 55 orang murid dan selebihnya merupakan guru-guru dan ibu bapa bersama-sama memeriahkan majlis. PI1M Mensudut telah memberi sumbangan ‘goodies bag’ kepada pihak sekolah serta menyediakan Photobooth bertemakan Hari Kanak-kanak. Majlis bermula pada jam 9 pagi sehingga 3 petang. Pada jam 9 pagi murid-murid serta ibu bapa dan guru telah berkumpul di dewan sekolah untuk memulakan majlis penyampaian hadiah untuk beberapa aktiviti dan pertandingan yang telah... read more

Program Pertandingan Explorace Advokasi

23 September 2017 | Berita Terkini

                                                                PROGRAM EXPLORACE ADVOKASI                                                                         SEPTEMBER 2017: Program explorace advokasi ini dianjurkan oleh Pusat Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Mensudut lama. Program yang dijalankan di sekitar... read more

Program Pakaian Beragam Sempena Hari Malaysia

20 September 2017 | Berita Terkini

Pada 18 September yang lalu, PI1M Kampung Mensudut Lama telah mengadakan Program Pakaian Beragam Sempena Hari Malaysia yang bertemakan bendera Malaysia. Program ini dijalankan bersama komuniti setempat iaitu komuniti Kampung Mensudut. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada wanita, kaum ibu dan kanak-kanak. Para peserta telah menghadirkan diri pada jam 2.00 petang bagi menyertai program ini.   Sebelum memulakan program para peserta telah mendaftarkan diri dan nama kumpulan. Terdapat 5 kumpulan yang mendaftar dimana satu kumpulan terdiri daripada 4 orang peserta. Antara kumpulan-kumpulan tersebut ialah kumpulan Bunga Raya, Comel-comel merdeka, Sehati Sejiwa,... read more

Program Taklimat Advokasi Bersama Penduduk Kg. Mensudut Lama

28 August 2017 | Berita Terkini

               PROGRAM TAKLIMAT ADVOKASI BERSAMA PENDUDUK KG. MENSUDUT LAMA   OGOS 2017: Program Taklimat Advokasi Bersama Penduduk Kg. Mensudut Lama ini dianjurkan oleh Pusat Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Mensudut lama. Program yang dijalankan di PI1M ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa di Kampung Mensudut Lama dan ini juga dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuan mereka tentang ape itu KDB dan juga E-Waste. Seramai 27 orang yang menyertai program ini. Dengan adanya program ini ia juga dapat meningkatkan lagi fungsi PI1M kepada masyarakat... read more

Kisah Kejayaan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Mensudut Lama - Nurhazratulakma

10 September 2017 | Kisah Kejayaan

Cik Nurhazratulakma Binti Shahdan berumur 27 tahun merupakan seorang guru tadika dan usahawan online. Beliau memilih untuk menjalankan perniagaan atas sebab ingin mencari pendapatan sampingan. Walaupun pada mulanya hanya sekadar minat kini perniagaan tersebut membantu beliau sedikit sebanyak menambah pendapatan bulanan beliau selain dari makan gaji hasil dari bekerja sebagai guru tadika. Melalui perancangan beliau untuk berniaga atau mencari duit tepi bagi beliau keputusan tersebut adalah bagus untuk diri beliau dan pendapatan beliau kerana beliau seronok dan suka melakukannya. Menggunakan aplikasi seperti instagram dan buffer adalah pilihan Cik Nurhazratul untuk mencari pelanggan... read more

Kisah Kejayaan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Mensudut Lama - Cik Nurul Huda

10 September 2017 | Kisah Kejayaan

Cik Nurul Huda Binti Norasid berumur 20 tahun adalah belia Kampung Mensudut Lama dan merupakan anak kepada penduduk Kampung Mensudut. Beliau memilih untuk menjalankan perniagaan online kerana menyedari bahawa pendapatan seharian beliau terhad dan beliau tidak mampu membeli apa yang diinginkan. Dengan umur yang masih muda menjadi usahawan merupakan pilihan yang terbaik diri beliau untuk menambah pendapatan sendiri dan membantu keluarga dari segi ekonomi. Keadaan ekonomi yang membimbangkan menggalakkan lagi niat dan minat beliau untuk memasarkan produk beliau ke luar Kampung. Target pemasaran beliau adalah sekitar Kampung dan luar kawasan kampung... read more

Kisah Kejayaan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Mensudut Lama - Puan Suhailimah

10 September 2017 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Mensudut Lama - Puan Suhailimah   Nama : Suhailimah Binti Johari Umur : 37 Tahun Pekerjaan : Surirumah Tangga, Peniaga Dan Peniaga Online   Puan Suhailimah Binti Johari berumur 37 tahun merupakan seorang suri rumah dan peniaga warung di Kampung Mensudut Lama. Beliau mengambil insiatif menambah lagi pendapatan dengan menjadikan dirinya sebagai usahawan online di samping hari-hari beliau sebagai seorang suri rumah dan peniaga warung makanan. Dengan menjadikan Pusat Internet Kampung Mensudut lama sebagai satu kemudahan baginya dalam mengembang lagi perniagaan beliau kini Puan Suhailimah sudah setahun menjalankan perniagaan... read more