PROGRAM PERTANDINGAN BOUQUET COKLAT DAN ADVOKASI

26 March 2022 | Berita Terkini

                         

 

Pada 22 mac, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Mensudut Lama telah menjalankan program komuniti bersama pelajar darjah 5 dan 6 SK Kg Mensudut Lama. Program yang berlangsung selama 2 jam ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan pertandingan bouquet coklat dan juga taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Program berjalan mengikut SOP yang disarankan oleh KKM yang mana pelajar dan guru hadir dengan memakai pelitup muka dan juga mengimbas QR Kod PEDi bagi kehadiran bagi pertandingan pada hari itu. Program dimulakan dengan pertandingan bouquet coklat yang disertai dengan beberapa orang guru. Pelajar diberikan kelas pembuatan bouquet coklat selama 10 minit secara atas talian menerusi video di Youtube dan seterusnya pelajar memulakan pertandingan mengikut kreativiti mereka dengan menggunakan bahan yang telah disediakan oleh pihak PEDi Kg Mensudut Lama. Setelah kesemua pelajar selesai menghias bouquet coklat bersama coklat dan juga gula-gula, pihak PEDi menjemput salah seorang guru untuk menjadi juri bagi pertandingan tersebut. Cikgu Fikri wakil dari salah seorang guru pengiring memberikan markah bagi setiap bouquet mengikut peratus dari segi kreativiti, kekemasan & kebersihan dan juga persembahan. Sementara menunggu keputusan pertandingan, pihak staff PEDi telah memberikan taklimat Klik Dengan Bijak dengan tajuk Pengantunan dalam talian atau Cyber Grooming. Kuiz selepas taklimat juga turut diberikan bagi melihat sejauh mana kefahaman pelajar selepas diberikan pengajaran berkaitan Cyber Grooming.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana berjaya menghasilkan bouquet coklat dan juga aktif dalam menyelesaikan kuiz KDB. Terima Kasih juga diucapkan kepada semua guru dan juga Guru Besar SK Kg Mensudut Lama kerana sudi hadir bersama bagi menjayakan program Pertandingan Bouquet Coklat dan Advokasi. Diharap program komuniti seperti ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan lagi agar sama-sama dapat mencapai komuniti bijak IT dan juga menggalakan ahli dan juga para usahawan untuk bersama-sama dalam melibatkan diri bersama PEDi.