Kisah Kejayaan 2022 – (Kuarter 1) (Usahawan 1 / 2): PUAN EZRIN SYAFIZA BINTI KAMIS)

29 March 2022 | Berita Terkini

 

Kisah Kejayaan 2022 – (Kuarter 1) (Usahawan 1/2): PUAN EZRIN SYAFIZA BINTI KAMIS)

 Tahun Menjadi Ahli  : 2017

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia : Kampung Mensudut Lama

Bentuk Pembelajaran ICT : Barangan Pewangi dan Makanan (Dropship Perfume & Asam/Kekacang)

 

Puan Ezrin Syafiza binti Kamis, berkahwin dan juga seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mula berkecimpung dalam produk Perfume Exclusive ini selepas menjadi penguna untuk kegunaan harian beliau dan seluruh keluarga beliau. Selepas itu, beliau semakin aktif sekarang ini bermula pada tahun 2021. Beliau bermula sekadar suka-suka untuk mencari pendapatan sampingan dan sambil-sambil mengisi masa lapang yang terluang sebagai seorang suri rumah. Tetapi lama kelamaan beliau mula mempunyai semangat untuk berniaga sebagai seorang dropship secara atas talian dan berniaga dari rumah sahaja.

 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia KGML (PEDi) dan juga penggunaan ICT dalam perniagaan beliau, banyak perkara yang beliau tidak tahu terutamanya tentang perniagaan atas talian. Selain itu, beliau juga kurang arif cara untuk beliau membuat pemasaran produk yang dijua, menaikkan penjualan dan juga menarik pelanggan.

 

Beliau bermula dengan penggunaan diri sendiri dan juga makan untuk diri sendiri sebelum menjual kepada jiran-jiran dan saudara mara sendiri termasuk penduduk Kampung Mensudut Lama. Kemudian beliau telah mengembangkan perniagaan beliau melalui dalam talian dan media sosial. PEDi Kg Mensudut Lama telah menjadi tempat untuk beliau mempelajari ilmu-ilmu tersebut. Selepas mendapat pendedahan dari PEDi tentang kelas ICT dan juga kelas usahawan, ini dapat membantu memudahkan urusan beliau. Keuntungan yang beliau dapat lebih tinggi berbanding sebelum penggunaan ICT. Selepas itu, dengan penggunaan ICT beliau dapat memasarkan produk jualan beliau dengan lebih baik. Selain itu, beliau terus bergerak aktif dalam membuat pemasaran yang sekarang ini produk beliau lebih dikenali terutama dikalangan penduduk kampung dan juga kampung-kampung yang berhampiran.

 

Beliau mempelajari cara untuk memulakan perniagaan atas talian, cara bagaimana menggunakan ICT dengan betul, cara untuk mengembangkan lagi jualan produk beliau dan membuat kiraan stok, untung dan rugi dan juga membuat “posting” yang menarik untuk tarikan lebih ramai pelanggan. Beliau mula memasarkan produk jualan melalui dalam talian dan juga secara bersemuka dengan kawan-kawan dan keluarga tentang produk yang beliau niagakan. Dari hanya minat, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang ajen yang berjaya dan dikenali ramai dengan hasil jualan produk Perfume iaitu Exclusive yang dijual oleh beliau dan juga jenis makanan iaitu pelbagai jenis asam dan juga kekacang.

 

Beliau sangat aktif dalam menyertai program anjuran PEDi KGML terutamanya kelas keusahawanan yang bukan hanya memberi beliau ilmu tentang perniagaan tapi dapat membantu beliau untuk meningkatkan lagi perniagaan beliau. Semoga perniagaan beliau lebih maju pada masa kini dan akan datang bukan hanya sekadar seorang ejen sahaja mungkin akan menjadi seorang pengasas untuk produk jualan beliau suatu hari nanti.