Kisah Kejayaan 2022 – (Kuarter 1) (Usahawan 2/ 2): PUAN NORANIZA BINTI SUJAN

30 March 2022 | Berita Terkini

Kisah Kejayaan 2022 – (Kuarter 1) (Usahawan 2/2): PUAN NORANIZA BINTI SUJAN

Tahun Menjadi Ahli  : 2021

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia : Kampung Mensudut Lama

Bentuk Perniagaan : Makanan (Kuih Tradisional & Masakan Panas)

Puan Noraniza binti Sujan, berkahwin dan juga seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mula berkecimpung dalam produk makanan ini semenjak berpindah ke kampung Mensudut Lama dan menetap bersama kedua ibu bapanya. Selepas itu, beliau semakin aktif berniaga sehingga sekarang bermula pada tahun 2021. Beliau bermula sekadar suka-suka untuk mencari pendapatan sampingan dan sambil-sambil mengisi masa lapang yang terluang sebagai seorang suri rumah. Tetapi lama kelamaan beliau mula mempunyai semangat dan minat untuk berniaga sebagai seorang peniaga tegar secara atas talian dan berniaga dari rumah sahaja.

 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia KGML (PEDi) dan juga penggunaan ICT dalam perniagaan beliau, banyak perkara yang beliau tidak tahu terutamanya tentang perniagaan atas talian. Selain itu, beliau juga kuarang arif membuat pemasaran produk yang dijual, cara untuk menaikkan penjualan dan juga cara untuk menarik pelanggan.

Beliau bermula dengan memasak untuk diri sendiri dan ahli keluarga sebelum menjual kepada jiran-jiran dan juga mengambil tempahan makanan sebelum membuat penghantaran ke kawasan yang berdekatan. Kemudian beliau telah mengembangkan perniagaan beliau melalui dalam talian dan media sosial. PEDi Kg Mensudut Lama telah menjadi tempat untuk beliau mempelajari ilmu-ilmu tersebut. Selepas mendapat pendedahan dari PEDi tentang kelas ICT dan juga kelas usahawan, ini dapat membantu memudahkan urusan beliau. Keuntungan yang beliau dapat berbeza berbanding sebelum penggunaan ICT. Selepas itu, dengan penggunaan ICT beliau dapat memasarkan produk jualan beliau dengan lebih baik. Selain itu, beliau terus bergerak aktif dalam membuat pemasaran yang sekarang ini produk beliau lebih dikenali terutama dikalangan penduduk kampung dan juga kampung-kampung yang berhampiran.

Beliau mempelajari cara untuk memulakan perniagaan atas talian, cara bagaimana menggunakan ICT dengan betul, cara untuk mengembangkan lagi jualan produk beliau, untung dan rugi dan juga membuat “posting” yang menarik untuk tarikan lebih ramai pelanggan. Beliau mula memasarkan produk jualan melalui dalam talian tentang produk yang beliau niagakan. Dari hanya minat dan ingin menambah pendapatan bulanan beliau bercita-cita untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya dan dikenali ramai dengan hasil jualan produk makanan beliau iaitu kuih tradisional dan masakan panas yang dijual oleh beliau.

Beliau sangat aktif dalam menyertai program anjuran PEDi KGML terutamanya kelas keusahawanan yang bukan hanya memberi beliau ilmu tentang perniagaan tapi dapat membantu beliau untuk meningkatkan lagi perniagaan beliau. Semoga perniagaan beliau lebih maju pada masa kini dan akan datang bukan hanya sekadar seorang peniaga di dalam kampung sahaja mungkin akan menjadi seorang pengasas untuk produk sejuk beku jualan beliau suatu hari nanti.