Kisah Kejayaan 2022 – (Kuarter 2) (Usahawan 1/ 2): PUAN AZIZAH BINTI HASHIM

20 April 2022 | Berita Terkini

Kisah Kejayaan 2022 – Kuarter 2 (Usahawan 1/2): PUAN AZIZAH BINTI HASHIM

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia: Kampung Mensudut Lama

Bentuk Pembelajaran ICT: Kelas keusahawanan PEDi Kg Mensudut Lama

(Membuat kuih tradisional, Tempahan catering dan juga biskut raya)

Puan Azizah Binti Hashim yang berumur 50 tahun merupakan seorang suri rumah dan juga peniaga online. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam menjalankan perniagaan makanan secara online dan juga komuniti setempat Kampung Mensudut Lama. Beliau yang dikenali sebagai seorang yang ramah di kalangan orang kampung, kerap menerima tempahan biskut raya. Kebolehan beliau membuat kuih muih, masakan catering dan juga biskut raya dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang perniagaan membuatkan beliau sentiasa bersemangat dan mengolah menu menu baru untuk produk makanan beliau. Setiap kali musim perayaan beliau sering menerima tempahan biskut raya sebanyak 350 balang dengan 11 jenis kuih raya dan menggunakan platform media social untuk menghebahkan jualan beliau.

Walaupun sudah mempunyai 2 orang anak perempuan yang mana seorang berkahwin dan seorang lagi masih belajar, ianya tidak pernah menghalang hobi beliau dan perniagaan malah lebih memberi inspirasi terhadap jualan makanan. Hal ini kerana suami dan anak-anak sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat setiap kali menerima tempahan yang banyak dan diluar jangkaan. Ilmu keusahawanan yang beliau peroleh menerusi online di laman rasmi facebook PEDi Kg Mensudut Lama membantu beliau menambah lagi ilmu dalam pemasaran produk.Di bawah merupakan gambar produk dan juga media social facebook yang digunakan untuk menjalankan perniagaan secara atas talian. Diharap ilmu keusahawanan yang diperoleh dapat memberi lebih peluang dan ruang untuk Puan Azizah mengembangkan perniagaan nya.