PROGRAM PERTANDINGAN DIY PATTERN PAINT & ADVOKASI

20 April 2022 | Berita Terkini

                                               

                                                        PROGRAM DAN AKTIVITI: PROGRAM PERTANDINGAN DIY PATTERN PAINT & ADVOKASI

 

                                                                                      

 

 
   

Pada 20 April 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Mensudut Lama telah mengadakan Program Pertandingan DIY Pattern Paint Dan Advokasi kepada ahli PEDi iaitu pelajar Tadika Kemas kgml. Program ini bertujuan untuk menarik minat para pelajar dalam program berbentuk DIY (Do In Yourself) dari pihak PEDi KGML yang dapat mempelbagaikan bentuk program bulanan pada kali ini.  Jesteru itu program DIY Pattern Paint ini dilaksanakan supaya sambil mengisi masa lapang peserta sambil mereka memanfaatkan masa-masa yang terluang untuk bersama-sama dalam program kali ini. Dan juga mengasah bakat kepada para pelajar terutamanya dari tadika kemas sendiri yang mempunyai pembelajaran setiap hari di tadika kemas..

Seramai 9 orang telah menyertai program pada kali ini. Program ini telah berlangsung selama 2 jam di PEDi kg. mensudut lama dan bahan-bahan pertandingan disediakan oleh pihak PEDi KGML sendiri.

Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan juga cenderahati kepada guru pengiring dalam program pertandingan pada kali ini. Para peserta memberi sepenuh perhatian dan juga kerjasama dalam program ini.

Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan bersama para komuniti Kampung Mensudut Lama bahawa permuafakatan yang terjalin menjadi lebih akrab di antara penduduk kampung tidak kira usia dan juga ini menunjukkan bahawa PEDI KGML juga mempunyai program yang pelbagai bentuk dan konsep.

Antara aktiviti dalam program pertandingan DIY pattern paint dan advokasi ialah seperti di bawah ini: