Kisah Celik ICT 2022 – Kuarter 2: SITI NUR AINI NAZIRA BINTI TARMIN

22 May 2022 | Berita Terkini

Kisah Celik IT 2022 – Kuarter 2 : SITI NUR AINI NAZIRA BT TARMIN

Nama : Siti Nur Aini Nazira Binti Tarmin
Umur : 21 Tahun
Tahun Menjadi Ahli : 2017
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia : Kampung Mensudut Lama
Bentuk Pembelajaran ICT : MAHIR DIGITAL FELDA @ CELCOM
Email : aininazira138@gmail.com

                   

Siti Nur Aini Nazira merupakan seorang pelajar dari SMK Palong Timur. Beliau melibatkan diri bersama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kampung Mensudut Lama dalam program Mahir Digital Felda @ Celcom pada September dan oktober tahun 2022. Menurutnya sebelum ini, beliau hanya menggunakan social media hanya sebagai hiburan yang pelbagai. Namun, selepas melibatkan diri dalam kursus Mahir Digital Felda @ Celcom banyak fungsi dan ilmu yang beliau pelajari. Terdapat empat jenis latihan yang beliau jalani ketika kursus tersebut antaranya, Entrepreneur 101, Social Media Marketing, Social Media Content Writing dan juga Mobile Video Marketing. Keempat latihan ini membantu beliau menggunakan media massa dan juga teknologi dengan lebih meluas.

 

Apa yang dipelajari oleh Cik Aini Nazira bersama PEDi adalah teknologi dan internet masa kini mampu menjadi sumber pendapatan dan juga penggunaan teknologi yang kini dihujung jari sahaja menjadi salah satu kemudahan untuk meluaskan lagi perniagaan dan menimba idea dan ilmu baru. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi bagi beliau membantu lebih banyak masyarakat yang celit IT terutamanya golongan muda seperti kemudahan internet, computer, kursus latihan dan perkhidmatan lain seperti mencetak dan fotokopi. Beliau yang kini menyambung pelajaran di UITM Melaka masih menggunakan PEDi sebagai salah satu platform untuk belajar, berniaga dan sebagainya. Oleh itu, beliau turut berharap agar kemudahan yang disediakan oleh PEDi Kampung Mensudut Lama dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar sekolah  dan komuniti setempat kerana ilmu dan peluang yang ada dipasaran  sentiasa kehadapan  dan  maju dari masa ke semasa.