Program Marhaban Raya & KDB

25 May 2022 | Berita Terkini

NAMA PROGRAM : PROGRAM MARHABAN RAYA PEDi KAMPUNG MENSUDUT LAMA & KDB

TARIKH : 23 MEI 2022

HARI : RABU

TEMPAT : PEDi KAMPUNG MENSUDUT LAMA


Sempena bulan syawal, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Mensudut Lama telah menjalankan program bersama komuniti iaitu bersama golongan wanita, ibu, dan kanak-kanak. Program marhaban pada tahun ini dibawa oleh Kumpulan marhaban Kampung Mensudut Lama dan diketuai oleh Puan Roswaty Binti Ahmad. Sambutan hari raya disesetengah tempat dikatakan kurang meriah tanpa marhaban. Aktiviti marhaban ini juga dikatakan popular di johor yang mana aktiviti nya adalah sekumpulan orang yang berasal dari kampung tersebut berkumpul dan melakukan amalan ziarah atau kunjung mengunjung sambil berselawat.

 

Hari yang dipilih untuk menjalankan aktiviti marhaban juga dibincang bersama agar memudahkan tuan rumah dengan tarikh yang dipilih bersesuaian untuk menyediakan juadah dan juga ahli marhaban untuk berkunjung.Tujuan utama aktiviti marhaban ini adalah untuk memohon maaf sesame warga kampung selain lebih mengenali sesame generasi. Selain itu juga, program marhaban yang dijalankan di PEDi ini juga adalah seperti selawat, hebahan Klik Dengan Bijak dan juga penerangan tentang perkhidmatan ICT yang ditawarkan oleh PEDi.

  

 Disamping itu, aktiviti advokasi seperti hebahan KDB bertajuk Panduan keselamatan internet turut disampaikan kepada semua peserta yang hadir. Antara yang topik dan pengisian yang disampaikan oleh staff PEDi adalah kebaikan internet, risiko-risiko yang mungkin dihadapi apabila menggunakan internet, dan juga panduan penggunaan internet yang selamat dan berhemah. Dengan wujudnya program bersama komuniti ini, diharap dapat merapatkan jurang digital dan juga menambah lagi ilmu ICT dikalangan komuniti selain merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara staff PEDi dan juga penduduk setempat.