Kisah Kejayaan 2022 – (Kuarter 1) (Usahawan 2/ 2): NUR SHAHIRA BINTI MAHAT

27 June 2022 | Berita Terkini

Kisah Kejayaan 2022 – Kuarter 2 (Usahawan 2/2) : NUR SHAHIRA BINTI MAHAT

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) : Kampung Mensudut Lama

Umur : 22 tahun

No Telefon : 010-5188455

Email: nrshiera23@icloud.com

Bentuk Perniagaan : Makanan dan pelbagai

 

                     

Nur Shahira Binti Mahat berumur 22 tahun minat menjalankan perniagaan secara online sejak beliau tamat sekolah menengah. Selepas SPM beliau memulakan kerja sampingan dengan menjual produk makanan untuk menambah pendapatan. Pelbagai platform yang digunakan untuk memasarkan produk jualannya. Dengan bantuan internet dan media social banyak idea dan peluang yang beliau lihat dapat membantu beliau lebih lagi dalam menambah pendapatan. Beliau yang kini  berkahwin sudah menetap di Ladang Palong bersebelahan Kampung Mensudut Lama bersama suami.

      

Antara media social yang digunakan untuk membantu melariskan jualan adalah platform whatsapp group, facebook dan juga Instagram. Whatsapp group digunakan untuk menjual makanan yang siap sedia seperti lauk pauk, makanan bergoreng dan sebagainya. Manakala, platform facebook dan juga Instagram pula digunakan untuk produk ejen seperti choco jar dan juga inai kuku. Akan tetapi bagi beliau ketiga platform ini sangat membantu dan berkait rapat untuk mengiklankan produk. Secara tidak langsung pelanggan diluar kawasan mencari beliau untuk membeli produk yang diiklankan. Teknologi kini yang begitu mudah seperti memuat naik gambar dan iklan serta boleh berkongsi terus kedalam tiga jenis platform tersebut sangat memudahkan kerja.

       

Menurut beliau juga, pendapatan yang diperoleh tanpa iklan adalah berbeza setelah diiklankan. Teknik pemasaran kini yang mana pelanggan lebih tertarik dengan gambar-gambar produk yang dikongsikan lebih melancarkan lagi jualan beliau. Dibawah merupakan platform dan juga produk yang dipasarkan oleh beliau. Semoga kemudahan kelas dan juga perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi Kg Mensudut Lama dapat lebih membantu beliau dalam menjalan perniagaan secara online.