Program Pertandingan ''Education Games'' dan KDB

31 July 2022 | Berita Terkini

                  

Pada 31 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Mensudut Lama telah mengadakan program bersama pelajar sekolah iaitu Program Pertandingan ‘’Education Games’’ dan KDB. Kehadiran pelajar ke PEDi adalah bersama dua orang guru. Program bermula pada jam 11 pagi iaitu kehadiran peserta ke PEDi. Taklimat KDB bertajuk ‘’Tips Permainan Online’’ dimulakan selepas pendaftaran peserta. Taklimat KDB yang disampaikan kepada pelajar adalah bertujuan untuk memupuk nilai murni dan sivik ketika bermain permainan secara online sama ada menggunakan telefon pintar mahupun tablet.

Antara pengisian penting yang disampaikan adalah pertama Disiplin diri ketika bermain. Setiap pelajar perlu memperuntukkan maksimum 1 jam untuk permainan atas talian. Banyak keburukan sekiranya bermain terlalu lama. Selain itu, pelajar perlu menyelesaikan tugasan yang penting dahulu. Jika tugasan lain seperti kerja sekolah dan kerja rumah diselesaikan terlebih dahulu sebelum bermain permainan online, ianya lebih baik dan lebih seronok. Disamping itu juga, tips seterusnya pelajar tidak boleh terlalu obses dalam permainan online kerana ianya akan lebih memberi kesan sampingan kepada ketagihan gajet dan juga permainan online.

  

Pertandingan ‘’Education Games’’ ini juga merupakan kerjasama bersama pihak sekolah dan bertujuan untuk melihat potensi kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah serta kebolehan dan kepantasan mereka dalam menghasilkan sesuatu pada satu tempoh masa yang diberikan. Bahan pertandingan disediakan oleh pihak PEDi.  Program ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi PEDi dengan pihak sekolah. Banyak kemudahan yang PEDi sediakan untuk pembelajaran ICT terutama sekali kepada pelajar seperti penggunaan komputer, kursus latihan ICT, keusahawanan dan sebagainya. Oleh yang demikian, dengan adanya program seperti ini diharap dapat menarik minat pelajar dan komuniti untuk hadir ke PEDi. Berikut merupakan gambar dan kelas KDB sepanjang program berlangsung.