Program Malaysian Days

27 September 2016 | Berita Terkini




PROGRAM MALAYSIAN DAYS

 

SEPTEMBER 2016: Program Malaysian Days ini  dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Mensudut Lama. Program yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada kaum – kaum  ibu atau wanita di Kampung Mensudut Lama dan ini juga dapat meningkatkan tahap kreativiti kaum – kaum ibu dalam gubahan dan anyaman.

 

Seramai 12 orang yang menyertai program ini. Dengan adanya program ini ia juga dapat meningkatkan lagi fungsi Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat Kampung Mensudut Lama yang bukan hanya sekadar berkenaan dengan pengetahuan ICT tetapi ia juga boleh di kembangkan dengan acara-acara yang berfaedah untuk meningkatkan taraf pendidikan di luar bandar.

  

Mereka memberi sepenuh komitmen dalam setiap aktiviti yang diadakan untuk mereka. Antara aktiviti di dalam program ini ialah yang pertama aktiviti membuat gebuhan iaitu menggunakan kain pelikat,kain batik atau tuala. Manakala aktiviti yang kedua pula ialah anyaman ketupat menggunakan reben. Dalam program ini pihak Pusat Internet 1 Malaysia menyediakan bahan-bahan seperti surat khabar getah dan kotak untuk bahan tambahan semasa kaum-kaum ibu membuat gubahan. Manakala reben dan pisau sebagai bahan tambahan untuk aktiviti anyaman ketupat.  

 

Selain dari mengeratkan hubungan diantara Pusat Internet 1 Malaysia dengan komuniti, program ini juga dapat memberi pendedahan tentang kegunaan Pusat Internet 1 Malaysia yang membolehkan para ahli menggunakan kemudahan di Pusat Internet 1 Malaysia untuk belajar dengan menggunakan PC.   

 

Setelah selesai program, pihak Pusat Internet 1 Malaysia memberikan hadiah kepada pemenang mengikut urutan nombor yang di sediakan dan saguhati di berikan kepada kaum-kaum wanita yang tidak berjaya, Manakala cenderahati diberikan kepada juri yang datang untuk memberi markah kepada aktiviti gubahan iaitu Puan Noralia Binti Abu Bakar dan Puan Rugaiah Binti Jaman. Bagi para peserta yang mengikuti program ini, pihak Pusat Internet 1 Malaysia berharap agar program seperti ini akan dijalankan lagi untuk masa akan datang bagi meningkatkan pengetahuan dan mengetahui fungsi Pusat Internet 1 Malaysia serta dapat menimba ilmu yang berguna.

 

Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada kaum-kaum ibu Kampung Mensudut Lama dan juga kepada seluruh komuniti dan ini juga menunjukkan bahawa Pusat Internet 1 Malaysia mempunyai pelbagai program bagi meningkatkan tahap kreativiti kanak-kanak tentang kepelbagaian pengetahuan dalam dunia ICT pada masa kini.