Kisah Kejayaan - Puan Roswaty (Perniaga Air Big Cup Coffee Dan Makanan)

26 September 2016 | Kisah Kejayaan

 

                    Kisah kejayaan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Mensudut Lama

 

Nama: Roswaty Binti Ahmad

Umur: 32 Tahun

Pekerjaan: Surirumah, Peniaga Dan Usahawan Online

 

Puan Roswaty Binti Ahmad atau di kenali sebagai “kak Waty” merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau terpikir untuk menjalankan perniagaan online beliau sekarang ini kerana beliau tahu zaman sekarang ramai suri rumah atau pun pengguna-pengguna mengetahui tentang perniagaan beliau yang beliau jalankan sekarang ini.

 

Selain dari Facebook beliau menggunakan applikasi Whatapps dan juga "Wechat" secara persendirian atau kumpulan untuk memasarkan perniagaan beliau ini. Dan juga beliau menggunakan khidmat penghantaran rumah ke rumah bagi kawasan-kawasan yang berdekatan.

 

Beliau berjinak-jinak dalam perniagaan online pada awal tahun 2016 apabila beliau menggunakan akaun Facebook beliau sebagai mesej penghantaran kepada kawan-kawan facebook beliau. Beliau mula sedikit demi sedikit mengunakan Facebook untuk mempromosikan perniagaan beliau.

 

Beliau juga merupakan ahli Pusat Internet 1 Malaysia. Perniagaan yang beliau jalankan pada masa ini adalah lebih kepada makanan dan minuman. Jenis makanan yang beliau niagakan adalah beliau menjual air big cup coffee dan makanan untuk minum petang.

 

Beliau bermula dengan perniagaan online beliau sekarang ini daripada minat beliau yang sangat mendalam dari zaman sekolah lagi.

 

Antara jenis-jenis makanan dan minuman yang beliau promosikan melalui facebook beliau.

                                                                             

 

                                                            

 

                                                                                             

                           Antara produk utama yang kebiasaannya menjadi sambutan penduduk kampung

 

                                              

                                             

Pemberitahuan kepada pelangan-pelangan yang ingin membeli makanan dan juga membuat tempahan terlebih dahulu.