Program Openday Pi1M

11 October 2016 | Berita Terkini

                                               

 

                                             PROGRAM OPENDAY PI1M KAMPUNG MENSUDUT LAMA

 

OKTOBER 2016: Program Openday ini dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Mensudut Lama. Program yang dijalankan di PI1M ini bertujuan untuk mengetengahkan fungsi dan peranan PI1M kepada masyarakat sekitar, memberi pendedahan terhadap etika digital, meningkatkan produktiviti melalui penggunaan komputer secara berkesan dan mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat dengan PI1M.

 

                Seramai 70 orang yang menyertai program ini termasuk ahli-ahli yang berdaftar. Program ini telah dirasmikan oleh YB Hajjah Norshidah Binti Ibrahim Adun Buluh Kasap dan beliau juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan adanya program ini ia juga dapat mendedahkan lagi fungsi Pusat Internet 1 Malaysia khusus kepada masyarakat Kampung Mensudut Lama yang bukan hanya sekadar berkenaan dengan pengetahuan ICT tetapi ia juga boleh di kembangkan dengan acara-acara yang berfaedah untuk meningkatkan taraf pendidikan di luar bandar.

 

              Mereka memberi sepenuh komitmen dalam setiap aktiviti atau pertandingan yang diadakan untuk mereka. Antara pertandingan yang di adakan dalam program ini ialah yang pertama  iaitu pertandingan mewarna untuk pelajar tadika kemas. Pertandingan yang kedua pula adalah pertandingan puzzle untuk pelajar pra sekolah. Manakala pertandingan yang ketiga adalah pertandingan jalinan kasih yang diberi tumpuan kepada para ibu-ibu.  Dalam program ini PI1M menyediakan bahan-bahan seperti pisau, kentang, puzzle dan juga gambar yang perlu diwarna oleh pelajar tadika kemas.

 

               Selain itu juga, dalam program ini PI1M mengadakan aktiviti cabutan nama bertuah kepada para peserta yang baru mendaftar jadi ahli dan juga yang telah lama menjadi ahli. PI1M juga mengadakan soal jawab yang berkaitan klik dengan bijak kepada semua ahli tidak kira peringkat umur.

 

             Selain dari mengeratkan hubungan diantara PI1M dengan komuniti, program ini juga dapat memberi pendedahan tentang kegunaan PI1M yang membolehkan para ahli menggunakan kemudahan di PI1M untuk belajar dengan menggunakan PC. Terutamanya bagi ahli-ahli baru yang baru berdaftar.

 

            Pihak PI1M memberikan hadiah kepada para pemenang mengikut pertandingan yang diadakan  Bagi para peserta yang mengikuti program ini, pihak PI1M berharap agar program seperti ini akan dijalankan lagi untuk masa akan datang bagi meningkatkan pengetahuan dan mengetahui fungsi PI1M serta dapat menimba ilmu yang berguna.

 

           Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada kaum-kaum ibu Kampung Mensudut Lama dan juga kepada seluruh komuniti dan ini juga menunjukkan bahawa PI1M mempunyai pelbagai program bagi meningkatkan tahap kreativiti kanak-kanak tentang kepelbagaian pengetahuan dalam dunia ICT pada masa kini.