Program Pinjaman Netbook

17 October 2016 | Berita Terkini

 

                                                          

 

                                                                    PROGRAM PINJAMAN NETBOOK

 

Pada 17 Oktober 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Mensudut Lama telah mengadakan program pinjaman netbook kepada ahli pusat internet yang berdaftar sebagai ahli di pusat internet 1 malaysia (PI1M) kampung mensudut lama. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memudahkan komuniti kampung mensudut lama menggunakan peralatan di pusat internet dan juga terutama untuk mengikuti kelas yang diadakan di PI1M. Selain itu, ia juga dapat mengubah tanggapan masyarakat bahawa PI1M ini sentiasa bersama-sama membantu masyarakat setempat selain menggunakan internet sahaja.  

 

Seramai 40 orang telah menerima pinjaman netbook daripada PI1M. Dengan adanya program ini ia juga dapat meningkatkan lagi PI1M kepada masyarakat Kampung Mensudut Lama yang bukan hanya sekadar berkenaan dengan pengetahuan ICT tetapi ia juga boleh di kembangkan dengan acara-acara yang berfaedah untuk meningkatkan taraf pendidikan di luar bandar.

 

Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan bersama para komuniti Kampung Mensudut Lama bahawa permuafakatan yang terjalin menjadi lebih akrab di antara penduduk kampung tidak kira berbeza usia dan juga ini menunjukkan bahawa PI1M juga mempunyai program yang pelbagai bentuk dan konsep. Dan juga mempunyai pelbagai program bagi meningkatkan tahap kreativiti bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi kepada kaum ibu dan bapa juga tentang kepelbagaian pengetahuan dalam dunia ICT pada masa kini dan akan datang.