Program Mini Karnival Muafakat Felda Palong Timur

04 November 2016 | Berita Terkini

                                                                 

 

                                                        PROGRAM MINI KARNIVAL MUAFAKAT FELDA PALONG TIMUR

 

NOVEMBER 2016: Program Mini Karnival Muafakat Felda Palong Timur ini  dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bersama Majlis Belia Felda Zon Palong Timur. Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Mensudut Lama berkerjasama antara ketiga-tiga PI1M iaitu Pi1m Felda Palong timur 1, Pi1m Felda Palong Timur 3 dan Pi1m Kg Mensudut Lama memeriahkan lagi mini karnival muafakat ini dengan mengadakan aktivit-aktiviti yang telah dirancang. Program yang dijalankan di dataran putra felda palong timur ini bertujuan untuk merasmikan dataran putra yang berada di gugusan felda palong timur yang telah dirasmikan oleh Pengurus Palong Timur 1 iaitu En. Osman Bin Mohamad ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik-baiknya.  

 

                Seramai 50 orang yang mengghadirkan diri ke booth pusat internet 1 malaysia. Dengan adanya program ini ia juga dapat meningkatkan lagi fungsi Pusat Internet 1 Malaysia kepada komuniti gugusan felda palong timur dan juga kampung mensudut lama yang bukan hanya sekadar berkenaan dengan pengetahuan ICT tetapi ia juga boleh di kembangkan dengan acara-acara yang berfaedah untuk meningkatkan taraf pendidikan di luar bandar yang berkaitan dengan internet.

 

                 Komuniti yang hadir ke mini karnival muafakat ini memberikan sepenuh komitmen dalam setiap aktiviti yang diadakan untuk mereka. Antara aktiviti di dalam program ini ialah yang dimana aktiviti membuat tekaan untuk sagu yang berada didalam bekas. Manakala aktiviti yang utama pula ialah mencari ahli-ahli pi1m yang baru yang belum mendaftar dan mendaftar sebagai ahli baru. Selain itu juga, sesi mempromosikan aktivit-aktiviti di pi1m seperti Kelas, KDB dan sebagainya.

 

               Selain dari mengeratkan hubungan diantara pi1m dengan komuniti, program ini juga dapat memberi pendedahan tentang kegunaan pi1m yang membolehkan para ahli menggunakan kemudahan di pi1m untuk belajar dengan menggunakan PC dan kemudahan yang tersedia di pi1m.  

 

             Setelah selesai program, pihak pi1m memberikan hadiah kepada pemenang tekaan sagu yang paling tepat atau paling hampir dengan jumlah yang sebenar. Bagi para peserta yang mengikuti program ini, pihak pi1m berharap agar program seperti ini akan dijalankan lagi untuk masa akan datang bagi meningkatkan pengetahuan dan mengetahui fungsi pi1m dikalangan bukan sahaja komuniti setempat malah luar dari kawasan ini serta dapat menimba ilmu yang lebih berguna.

 

           Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti tidak kira di gugusan felda atau Kampung Mensudut Lama dan juga kepada seluruh komuniti dan ini juga menunjukkan bahawa pi1m mempunyai pelbagai program bagi meningkatkan tahap kreativiti komuniti tentang kepelbagaian pengetahuan dalam dunia ICT pada masa kini dan akan datang.