Program Pertandingan Kolum

29 November 2016 | Berita Terkini

                                                                         

 

                                                                           PROGRAM PERTANDINGAN KOLUM

 

NOVEMBER 2016: Program Pertandingan Kolum ini dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Mensudut Lama. Program yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada komuniti kampung untuk mengasah bakat terpendam dan ini juga dapat meningkatkan tahap kreativiti melalui program ini.

 

                   Seramai 21 orang yang menyertai program ini. Dengan adanya program ini ia juga dapat meningkatkan lagi fungsi PI1M kepada masyarakat Kampung Mensudut Lama yang bukan hanya sekadar berkenaan dengan pengetahuan ICT tetapi ia juga boleh di kembangkan dengan acara-acara yang berfaedah untuk meningkatkan taraf pendidikan di luar bandar.

 

                  Mereka memberi sepenuh komitmen dalam aktiviti yang diadakan untuk mereka Program ini dijalankan bersama dengan kanak-kanak, remaja dan juga kaum ibu. Aktiviti dalam program ini ialah aktiviti membuat kolum. Dalam program ini pihak PI1M memberikan satu keping pinggan polistrin, sebotol gam dan beras yang di warnakan kepada enam jenis warna dimana setiap kumpulan bertema bebas mengikut kretiviti dan perbincangan dalam kumpulan.

                                                                                       

                  Selain dari mengeratkan hubungan diantara PI1M dengan komuniti, program ini juga dapat memberi pendedahan tentang kegunaan PI1M yang membolehkan para pelajar menggunakan kemudahan di Pusat Internet 1 Malaysia untuk belajar.   

                                                                                       

                 Setelah selesai program, pihak PI1M memberikan hadiah kepada pemenang mengikut kretiviti dari segi ukiran dan cantuman warna-warna beras yang di sediakan. Bagi para peserta yang mengikuti program ini, pihak PI1M berharap agar program seperti ini akan dijalankan lagi untuk masa akan datang bagi meningkatkan pengetahuan dan mengetahui fungsi PI1M serta dapat menimba ilmu yang berguna. Cenderahati juga diberikan kepada peserta yang menjawab soalan secara rawak yang berkaitan dengan pertandingan kolum. Ini kerana mereka boleh memberikan jawapan secara spontan walaupun jawapan hamper-hampir tepat.

                                                                                  

                     Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat memberi manfaat komuniti Kampung Mensudut Lama dan ini juga menunjukkan bahawa PI1M mempunyai pelbagai program bagi meningkatkan tahap kreativiti kanak-kanak tentang kepelbagaian pengetahuan dalam dunia ICT pada masa kini.