Program Kemas (Membuat Biskut Kapal Kelapa)

05 December 2016 | Berita Terkini

                                                                                                 

                                                                                                        

                                                                             PROGRAM KEMAS ( MEMBUAT BISKUT KAPAL KELAPA )

 

DISEMBER 2016: Program kemas ini dianjurkan oleh Pusat Kemajuan Kemas Kampung Mensudut. Program yang dijalankan di bangunan bersebelahan dengan Pusat Internet 1 Malaysia ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada kaum – kaum ibu atau wanita di Kampung Mensudut Lama dan ini juga dapat meningkatkan tahap kreativiti kaum – kaum ibu dalam membuat biskut yang pelbagai jenis.

 

Seramai 11 orang yang menyertai program ini. Dengan adanya program ini ia juga dapat meningkatkan lagi fungsi Pusat Kemajuan Kemas dan juga Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat Kampung Mensudut Lama yang bukan hanya sekadar berkenaan dengan pengetahuan ICT tetapi ia juga boleh di kembangkan dengan acara-acara yang berfaedah untuk meningkatkan taraf pendidikan di luar bandar termasuk mempelbagaikan program di dalam aktiviti kelas kemas.

  

Mereka memberi sepenuh komitmen dalam aktiviti yang diadakan untuk mereka. Antara aktiviti di dalam program ini ialah cara-cara mengadun bahan-bahan, menghias dan membakar. Dalam program ini Pusat Kemajuan Kemas menyediakan bahan-bahan seperti tepung, gula, majerin atau butter, telur, kelapa dan bahan-bahan untuk di jadikan hiasan di atas biskut.

                                                                                                            

                                                                                                            

Selain dari mengeratkan hubungan diantara PKK kg mensudut lama dan Pusat Internet 1 Malaysia dengan komuniti, program ini juga dapat memberi pendedahan tentang kegunaan Pusat Internet 1 Malaysia yang membolehkan para ahli menggunakan kemudahan di Pusat Internet 1 Malaysia untuk belajar dengan menggunakan PC.   

 

Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada kaum-kaum ibu Kampung Mensudut Lama dan juga kepada seluruh komuniti dan ini juga menunjukkan bahawa Pusat Internet 1 Malaysia mempunyai pelbagai program bagi meningkatkan tahap kreativiti kanak-kanak tentang kepelbagaian pengetahuan dalam dunia ICT pada masa kini.