Pertandingan Origami

17 December 2016 | Berita Terkini

 

 

 

                                                                                                     

 

                                                                                                              PROGRAM ORIGAMI

 

DISEMBER 2016: Program Origami ini dianjurkan oleh Pusat Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Mensudut lama. Program yang dijalankan di PI1M ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada kanak-kanak di bawah 18 tahun di Kampung Mensudut Lama dan ini juga dapat meningkatkan tahap kreativiti mereka dalam membuat satu teknik lipatan sama ada dengan menggunakan kain mahupun kertas.

 

Seramai 16 orang yang menyertai program ini. Dengan adanya program ini ia juga dapat meningkatkan lagi fungsi PI1M kepada masyarakat Kampung Mensudut Lama yang bukan hanya sekadar berkenaan dengan pengetahuan ICT tetapi ia juga boleh di kembangkan dengan acara-acara yang berfaedah untuk meningkatkan taraf pendidikan di luar bandar termasuk mempelbagaikan program di dalam aktiviti PI1M sendiri.

                                                                                                           

Mereka memberi sepenuh komitmen dalam aktiviti yang diadakan untuk mereka. Antara aktiviti di dalam program ini ialah mereka di beri masa untuk mencari bentuk-bentuk lipatan yang mereka inginkan melaui you tube mahupun google. Dalam program ini PI1M menyediakan bahan-bahan seperti kertas berwarna, gunting, pen dan juga gam untuk digunakan oleh mereka melakukan setiap lipatan.

                                                                                                           

Selain dari mengeratkan hubungan diantara PI1M dengan komuniti, program ini juga dapat memberi pendedahan tentang kegunaan Pusat Internet 1 Malaysia yang membolehkan para ahli menggunakan kemudahan di Pusat Internet 1 Malaysia untuk belajar dengan menggunakan PC.   

 

Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada kaum-kaum ibu Kampung Mensudut Lama dan juga kepada seluruh komuniti dan ini juga menunjukkan bahawa Pusat Internet 1 Malaysia mempunyai pelbagai program bagi meningkatkan tahap kreativiti kanak-kanak tentang kepelbagaian pengetahuan dalam dunia ICT pada masa kini.