Program Yassin

21 December 2016 | Berita Terkini

 

                                                                                                                 

                                                                                                                           

                                                                                                                            PROGRAM YASSIN

 

DISEMBER 2016: Program Yassin ini dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Mensudut lama. Program yang dijalankan di PI1M ini bertujuan untuk mengakhiri tahun 2016 dengan bacaan Yassin bagi penutup tahun dan disertakan dengan bacaan doa selamat semoga tahun 2017 adalah tahun yang lebih mudah untuk meningkatkan lagi pencapaian PI1M.

 

               Seramai 20 orang yang menyertai program ini. Dengan adanya program ini ia juga dapat meningkatkan lagi fungsi PI1M kepada masyarakat Kampung Mensudut Lama yang bukan hanya sekadar berkenaan dengan pengetahuan ICT tetapi ia juga boleh di kembangkan dengan acara-acara yang berfaedah untuk meningkatkan taraf pendidikan di luar bandar termasuk mempelbagaikan program di dalam aktiviti PI1M sendiri.

                                                                                                            

              Setelah selesai bacaan Yassin dan doa selamat, Pihak PI1M menjemput semua tetamu yang hadir untuk menjamu selera. Dalam program ini Pihak PI1M menjemput kumpulan Yassin dari kumpulan Yassin kampung mensudut lama yang terdiri daripada kaum wanita dan puteri.

                                                                                                            

 

                                                                                                            

 

Selain dari mengeratkan hubungan diantara PI1M dengan komuniti, program ini juga dapat memberi pendedahan tentang kegunaan Pusat Internet 1 Malaysia yang membolehkan para ahli menggunakan kemudahan di Pusat Internet 1 Malaysia untuk belajar dengan menggunakan PC.   

 

               Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada kaum-kaum ibu Kampung Mensudut Lama dan juga kepada seluruh komuniti dan ini juga menunjukkan bahawa Pusat Internet 1 Malaysia mempunyai pelbagai program bagi meningkatkan tahap kreativiti kanak-kanak tentang kepelbagaian pengetahuan dalam dunia ICT pada masa kini.