Mengenai PI1M


Maklumat PI1M Kg Mensudut Lama


Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.


WAKTU OPERASI  

 

Hari     :  Setiap hari

Waktu :  9.00 pagi hingga 6.00 petang

Rehat  :  1.00 petang hingga 2.00 petang 

Tutup  :   Cuti Umum

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:


ü  Menaip

ü  Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli)

ü  Pra-Bayar Celcom

ü  Jualan Komputer & Aksesori 

ü  Baik Pulih Dan Selenggara Komputer   

ü  Alat Tulis & Kertas

ü  Sewa Bilik Mesyuarat  


Kadar Bayaran:


1.     Penggunaan Internet (Ahli)

·         Dewasa RM1.00 sejam

·         Pelajar Sekolah PERCUMA 

- Berumur 20 tahun dan ke bawah atau

- Mempunyai kad pelajar ( universiti )

 

2.     Penggunaan Internet (Bukan Ahli)

·         Dewasa RM2.00 sejam

·         Pelajar Sekolah RM2.00 sejam


Maklumat Komuniti Kg Mensudut Lama


Kampung Mensudut Lama merupakan sebuah kampung yang terletak dalam Mukim Buloh Kasap, Segamat, Johor. Majoriti penduduk di kampung tersebut adalah orang Melayu. Ia terletak berhampiran dengan Gugusan Felda Palong Timur serta berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan dan Pahang. Kampung tersebut mendapat namanya kerana kedudukannya yang berada di sudut paling utara negeri Johor.Kegiatan utama penduduk di sini adalah pertanian serta perladangan getah dan kelapa sawit, di samping penternakan lembu dan juga kambing.


Maklumat PI1M & Komuniti Kg Mensudut Lama


Lokasi

Kg Mensudut Lama

UST Area

 

Daerah

Segamat

Negeri

Johor Darul Takzim

Populasi

520 orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah,Pisang), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Lembu & Kambing) dan Kelapa Sawit

Jumlah Keahlian

(setakat 31 Mei 2017)

961

Lat/Long PI1M

2.7641 / 102.7271

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

22 April 2010

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Noorhidayah Binti Bahaldin

Email:  noorhidayah@celcom1cbc.com

No Telefon: 017-7437558


Penolong Pengurus

Nama: Siti Fatimah Binti Zailan

Email: sitifatimah@celcom1cbc.com

No Telefon: 010-9105759

 

Website

http://www.celcom1cbc.com/ mensudut-lama

Kampung Tanpa Wayar

1.  Zone 1: Sek Keb (Pole 12 Meter) – En Jaafar Bin Dimin

2.   Zone 1: No. 55 (Pole 12 Meter) – Pn. Norlidah Binti Sadiran ( 017-3541552 )

3.     Zone 1: No. 17 (Pole 12 Meter) – En AB Razak Bin Baruji ( 012- 682 5068 )

4.     Zone 1: No. 32 (Pole 12 Meter) – En Mohamad Musir Bin Yaijo ( 07- 937 3154 ) 

5.    Zone 1: No. 86 (Pole 12 Meter) – En Hakim Bin Ismail ( 017- 707 6450)

 


Tempat Menarik

Sungai Palong

          Terletak di sudut utara negeri Johor yang bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Pahang, Kg.Mensudut Lama merupakan sebuah kampung Melayu Tradisional yang mempunyai pelbagai keunikan tersendiri. Nama "Mensudut Lama" diberi bersempena dengan kedudukannya yang berada di sudut paling Utara Negeri Johor dan perjalanan untuk sampai ke pedalaman ini mengambil masa yang agak lama (pada masa dahulu). Kg.Mensudut Lama dibentuk daripada gabungan rangkaian kampung-kampung tradisional melayu yang terdapat di sepanjang laluan Sungai Palong. 

                  Pada tahun 1968, rangkaian kampung-kampung tradisional ini telah digabungkan di bawah satu nama iaitu "KAMPUNG MENSUDUT LAMA". Kawasan di sepanjang laluan Sungai Palong yang subur ini kemudiannya diteroka dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampung dengan mengusahakan kegiatan pertanian dan penternakan. Sebahagian besarnya dipenuhi oleh tanaman Kelapa Sawit dan Getah yang menjadi punca pendapatan utama masyarakat di sini. Terdapat juga dusun buah-buahan dan kebun sayur yang diusahakan penduduk sebagai sumber pendapatan tambahan. Penternakan lembu dan kambing dijalankan secara kecil-kecilan didalam kebun kelapa sawit sebagai kegiatan sampingan.

                Sungai Palong yang kaya dengan khazanah semulajadi sungai Air Tawar turut memberi manfaat kepada keluarga Nelayan Tradisional yang menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai punca rezeki. Antara spesis ikan yang banyak terdapat di sini ialah Toman,Baung,Sebarau,Lampam dan juga Udang Galah. Sungai Palong mempunyai pengaruh yang besar keatas kehidupan masyarakat di sini. Satu ketika dahulu sungai ini adalah nadi kehidupan penduduk Kg.Mensudut Lama. Peranan Khazanah Pusaka Alam yang tidak ternilai ini telah banyak berubah oleh peredaran masa. Yang pastinya Sungai Palong tetap mengalir megah dan menjadi sebahagian daripada keunikan tanah bertuah KAMPUNG MENSUDUT LAMA.