Kemudahan Awam



Kg Mensudut Lama mempunyai telaga tiub air bawah tanah. Operasi pembinaan telaga tiub air bawah tanah itu dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ( JMG ) yang mana hasilnya di salurkan kepada Pusat Internet 1Malaysia Kg Mensudut Lama ( Pi1M) dan Masjid Kg Mensudut Lama. Selain itu, orang ramai juga mengambil air tersebut dari paid yang disediakan untuk kegunaan harian.

 

 Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ( JMG ) terlebih dahulu menjalankan penyelidikan sama ada kawasan tersebut bersesuaian dengan projek yang ingin dilaksanakan dan ternyata kawasan itu mempunyai sumber air bersih untuk keperluan seharian.

JMG sentiasa akan mengesan sumber air tanah di tempat mempunyai potesi dan bertindak membangunkan kawasan itu untuk kegunaan kepada mereka yang memerlukan.

 

Terlebih dahulu proses siasatan melihat sama ada sumber air berkenaan boleh digunakan ataupun tidak dijalankan dan didapati hasilnya adalah sangat aik memenuhi kehendak yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM). Projek pembinaan telaga tiub air bawah tanah itu menelan kos perbelanjaan kira-kira RM100,000 hingga RM120,000 yang mana turut mendapat peruntukan daripada Kementerian Luar Bandar.

Proses pengepaman air bawah tanah itu dianggarkan boleh mencapai 1,600 liter sejam dan pembinaanya dikorek dengan kedalaman sehingga 60 meter.

 

Pembinaan telaga itu pihak masjid dan Pi1M sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan untuk menjelaskna bil air yang mana peruntukan itu boleh digunakan untuk kemudahan lain.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.