Komuniti


Kampung Mensudut Lama mempunyai aktiviti kemasyarakatan dan kesukanan yang dianjurkan oleh Ketua Pemuda yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Kebanyakan penduduk kampung lebih mengutamakan aspek kejiranan dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana semangat kejiranan adalah asas yang paling penting untuk membentuk sebuah kampung yang hidup bersatu padu dan saling membantu antara satu sama lain.

Penduduk kampung mensudut lama sentiasa akan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukanan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK). Bukan anjuran dari JKKK sahaja tetapi dari Umno Cawangan Mensudut lama, Sekolah rendah kampung mensudut lama malah pusat internet 1 malaysia juga penduduk kampung memberi galakan dalam setiap program yang diadakan di kampung mensudut lama. Aktiviti sukan yang sering diadakan seperti sukan rakyat atau pun sukaneka yang bertujuan dapat mengeratkan hubungan antara penduduk kampung mensudut lama. Kebiasaannya, dewan serbaguna kampung mensudut lama akan menjadi tempat penduduk kampung berkumpul untuk bermesyuarat dan merancang aktiviti-aktiviti dan program-program tahunan. Aktiviti sukan dan kemasyarakatan merupakan acara tahunan yang diadakan saban tahun dengan harapan penduduk kampung dan JKKK dapat bersatu-padu dalam memupuk sifat kejiranan
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.