Berita & Aktiviti Terkini

Bengkel Video

26 April 2017 |

Pada 18 April 2017, Pi1M Pekan Menumbok bersama dengan Pi1M Kg Bundu, Pi1M Tenambak dan Pi1M Pekan Kuala Penyu telah mengadakan Bengkel Video. Bengkel Video ini diadakan di Pi1M Kg Bundu dan disertai oleh ahli komuniti bersama Pengurus – pengurus Pi1M di Daerah Kuala Penyu. Tenaga pengajar bagi bengkel video ini adalah daripada Pengurus Pi1M Kuala Penyu iaitu Encik Adrian. Bengkel video ini bermula dengan pengenalan kepada video iaitu cara bagaimana video itu diambil dan sudut – sudut yang tepat dalam pengambilan sesuatu “shot” video. Teori dan maklumat mengenai video dijelaskan... read more

Bengkel Photoshop

26 April 2017 |

          Pada 19 April 2017, Pi1M Pekan Menumbok bersama Pi1M Kg Bundu, Pi1M Tenambak dan Pi1M Pekan Kuala Penyu telah berkesempatan bekerjasama bagi mengadakan Bengkel Photoshop. Bengkel ini terbuka kepada komuniti-komuniti yang berminat di sekitar Menumbok dan juga Kuala Penyu. Bengkel ini telah bermula pada sekitar jam 9.00 pagi dan telah diadakan di PI1M Kg Bundu.           Bengkel ini dimulakan dengan bersarapan pagi bersama peserta yang hadir sebelum memulakan sesi pembelajaran. Bengkel Photoshop pada kali ini telah diajar dan disampaikan oleh saudara Roystone... read more

Bengkel Latihan Keusahawanan (April 2017)

18 April 2017 |

           Pada 12hb dan 13hb April 2017, seramai 4 orang perserta telah mengikuti bengkel latihan keusahawanan yang diadakan bertempat di Pi1M Kg Bundu. Modul keusahawanan ini melibatkan 5 slot seperti pengenalan asas perniagaan, pemasaran melalui media sosial, pemasaran melalui Instagram, cara-cara membuat kain rentang (poster) dan juga blog. Melalui bengkel latihan keusahawanan ini, para peserta diajar untuk memasarkan produk perniagaan mereka melalui media-media ini agar peniagaan mereka dapat berkembang dan mendapat pasaran.             Bengkel latihan seperti ini dapat menggalakkan para peserta untuk melebarkan sayap perniagaan untuk memasarkan... read more

Program Gotong Royong Bersama Komuniti

24 March 2017 |

Pada 17 Mac 2017, PI1M Pekan Menumbok telah mengadakan program gotong royong bersama komuniti setempat.  Program ini bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Seramai 16 orang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah yang menghadiri program gotong royong ini. Program gotong royong ini bertujuan untuk membersihkan kawasan dalaman dan sekitar Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Menumbok. Sebelum bermulanya program gotong royong ini, peserta program diberikan taklimat KDB mengenai menjaga kebersihan terlebih dahulu, taklimat kebersihan ini penting bagi memberikan pendedahan kepada peserta untuk sentiasa menjaga kebersihan tidak... read more

Kisah Kejayaan - Awang Bin Basah (Usahawan Kedai Runcit Keperluan Harian)

21 March 2017 | Kisah Kejayaan

            Kisah kejayaan PI1M Pekan Menumbok pada kali ini ialah memperkenalkan Encik Awang Bin Basah, merupakan anak jati Kampung Menumbok yang berasal daripada Kampung Darat Menumbok. Encik Awang merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan jualan kedai runcit keperluan harian.             Perniagaan kedai runcit beliau ini terletak di Pekan Menumbok dan kedudukan lokasi kedai beliau ini adalah amat strategik kerana berada di tengah-tengah pekan iaitu berdekatan dengan kedai-kedai makan, pasar ikan, pasar sayur, kedai-kedai keperluan lain dan sebagainya.          ... read more

Kisah Kejayaan - Aida Binti Saman (Usahawan Ternakan Burung Puyuh)

21 March 2017 | Kisah Kejayaan

            Kisah kejayaan PI1M Pekan Menumbok pada kali ini ialah memperkenalkan Puan Aida Binti Saman, merupakan anak jati Kampung Menumbok yang berasal daripada Kampung Darat Menumbok. Puan Aida merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan ternakan burung puyuh secara sambilan.             Walaupun beliau merupakan seorang pendidik, tetapi minat yang tinggi dalam bidang ternakan  ini telah mendorong Puan Aida untuk menjalankan perniagaan ini. Beliau juga turut menjalankan perkhidmatan menjual burung puyuh yang telah siap disembelih dan juga dibersihkan.            ... read more

Program Advokasi Bersama Tadika Kemas Kg Bundu

18 March 2017 |

Pada 7 Mac 2017, PI1M Pekan Menumbok bersama PI1M Pekan Kuala Penyu, PI1M Tenambak dan PI1M Kg Bundu telah mengadakan program Advokasi bertempat di Tadika Kemas Kg Bundu. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program Advokasi ini bertujuan untuk memperkenalkan PI1M dengan lebih dekat kepada pelajar – pelajar tadika seterusnya merapatkan lagi hubungan silaturahim dengan organisasi luar dan masyarakat setempat. Taklimat KDB kepada pelajar – pelajar tadika merupakan agenda utama di dalam program ini. Selain itu juga, pengisian seperti pengenalan komputer dan permainaan puzzle untuk menguji... read more

Bengkel Memasak Masakan Barat

16 March 2017 |

            Pada 09hb Mac 2017, pihak PI1M Pekan Menumbok, PI1M Pekan Kuala Penyu, PI1M Kg Bundu dan PI1M Kg Tenambak telah berkesempatan berkerjasama dalam menjayakan Bengkel Memasak Masakan Barat bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8hb Mac 2017 yang lalu. Program ini telah diadakan di PI1M Pekan Kuala Penyu dan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga ke jam 4.00 petang. Seramai 20 orang peserta telah berkesempatan untuk mengikuti program pada kali ini, yang mana merupakan peserta daripada daerah Menumbok dan Kuala Penyu.      ... read more

Bengkel Latihan Keusahawanan (Mac 2017)

14 March 2017 |

            Pada 01hb dan 02hb Mac 2017, seramai 3 orang perserta telah mengikuti bengkel latihan keusahawanan yang diadakan bertempat di Pi1M Kg Bundu. Modul keusahawanan ini melibatkan 5 slot seperti pengenalan asas perniagaan, pemasaran melalui media sosial, pemasaran melalui Instagram, cara-cara membuat kain rentang (poster) dan juga blog. Melalui bengkel latihan keusahawanan ini, para peserta diajar untuk memasarkan produk perniagaan mereka melalui media-media ini agar peniagaan mereka dapat berkembang dan mendapat pasaran.             Bengkel latihan seperti ini dapat menggalakkan para peserta untuk melebarkan sayap perniagaan untuk memasarkan... read more

Usahawan Ternakan Burung Puyuh - Puan Aida Binti Saman

28 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

          Puan Aida Binti Saman, merupakan anak jati Kampung Menumbok yang berasal daripada Kampung Darat Menumbok. Puan Aida merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan ternakan burung puyuh di Menumbok.           Minat yang tinggi dalam bidang ternakan telah mendorong Puan Aida untuk menjalankan perniagaan ini. Selain menjual burung puyuh hidup, beliau juga turut menjual burung puyuh sejukbeku, iaitu burung puyuh yang telah siap disembelih dan juga dibersihkan.           Selain itu, harga bagi setiap jualan beliau juga adalah amat berpatutan dan pelanggan-pelanggan... read more

lagi berita & aktiviti