Berita Terkini

Advokasi KDB Sempena Hari Terbuka PI1M Pekan Kuala Penyu

23 August 2017 |

           Pada 19hb Ogos 2017, iaitu bersamaan pada hari sabtu telah berlangsungnya Program Hari Terbuka PI1M Pekan Kuala Penyu 2017. Hari Terbuka PI1M ini merupakan program tahunan yang diadakan bersama komuniti setempat di sekitar Pekan Kuala Penyu. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan telah berakhir pada jam 1.30 petang. Seramai 50 orang pengunjung telah berkesempatan untuk bersama-sama memeriahkan Hari Terbuka PI1M Pekan Kuala Penyu pada tahun ini.             Pihak PI1M Pekan Menumbok telah terlibat secara langsung di dalam program ini, di mana  pihak kami telah... read more

Bengkel Latihan Keusahawanan (Ogos 2017)

16 August 2017 |

            Pada 09hb dan 10hb Ogos 2017, seramai 4 orang peserta telah mengikuti bengkel latihan keusahawanan yang diadakan bertempat di Pi1M Pekan Kuala Penyu. Modul keusahawanan ini melibatkan 5 slot seperti pengenalan asas perniagaan, pemasaran melalui media sosial, pemasaran melalui Instagram, cara-cara membuat kain rentang (poster) dan juga blog. Melalui bengkel latihan keusahawanan ini, para peserta diajar untuk memasarkan produk perniagaan mereka melalui media-media ini agar peniagaan mereka dapat berkembang dan mendapat pasaran.             Bengkel latihan seperti ini dapat menggalakkan para peserta untuk melebarkan sayap perniagaan... read more

Mesyuarat Pembentukan AJK Induk Pesta Nelayan Menumbok 2017

10 August 2017 |

             Pada 08hb Ogos 2017, Pengurus PI1M Pekan Menumbok telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Pembentukan Ahli Jawatankuasa Induk Pesta Nelayan Menumbok Tahun 2017. Mesyuarat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Menumbok. Mesyuarat ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari, yang mana telah dihadiri oleh jabatan-jabatan, agensi-agensi, persatuan-persatuan dan pihak-pihak yang telah terlibat dalam mengadakan Pesta Nelayan Menumbok pada tahun ini.              Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Husin Narion selaku Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok, merangkap... read more

Pameran Sempena Program Negaraku Komuniti Peringkat WP Labuan 2017

10 August 2017 |

               Pada 04hb dan 05hb Ogos 2017, pihak PI1M Pekan Menumbok bersama PI1M Lubok Temiang telah berkesempatan untuk mengadakan Pameran Sempena Program Negaraku Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2017. Pameran ini diadakan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan. Pameran kami ini telah bermula pada seawal jam 8.00 pagi sehingga lewat petang.                  Program Negaraku Komuniti ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dikalangan rakyat serta memupuk semangat cintakan negara dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.... read more

Bengkel Latihan Keusahawanan (Julai 2017)

23 July 2017 |

            Pada 18hb dan 19hb Julai 2017, seramai 3 orang peserta telah mengikuti bengkel latihan keusahawanan yang diadakan bertempat di Pi1M Pekan Kuala Penyu. Modul keusahawanan ini melibatkan 5 slot seperti pengenalan asas perniagaan, pemasaran melalui media sosial, pemasaran melalui Instagram, cara-cara membuat kain rentang (poster) dan juga blog. Melalui bengkel latihan keusahawanan ini, para peserta diajar untuk memasarkan produk perniagaan mereka melalui media-media ini agar peniagaan mereka dapat berkembang dan mendapat pasaran.             Bengkel latihan seperti ini dapat menggalakkan para peserta untuk melebarkan sayap perniagaan untuk memasarkan perniagaan mereka ke... read more

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017

19 July 2017 |

             Pada 13hb Julai 2017 bersamaan 19 Syawal, Pihak PI1M Pekan Menumbok telah bekerjasama dengan PI1M Pekan Kuala Penyu, PI1M Kg Bundu dan PI1M Kg Tenambak untuk mengadakan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 Gabungan PI1M. Program ini telah diadakan di PI1M Pekan Menumbok bersama komuniti setempat. Perlaksanaan program ini bermula  dengan kehadiran para jemputan yang terdiri daripada komuniti sekitar Pekan Menumbok. Seterusnya program diteruskan dengan taklimat KDB secara ringkas dan akhir sekali tetamu jemputan dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.             Program Sambutan ini diadakan adalah bertujuan untuk... read more

Bengkel Penggayaan Pakaian Tradisi Tatana 2017

18 July 2017 |

             Pada 12hb Julai 2017, Pihak PI1M Pekan Menumbok telah berkesempatan bekerjasama bersama  pihak PI1M Kg.Bundu dan PI1M Pekan Kuala Penyu untuk mengadakan Bengkel Penggayaan Pakaian Tradisional Tatana yang telah diadakan di Pi1M Kg.Bundu. Bengkel  ini telah bermula pada jam 1.00 petang sehingga jam 5.00 petang.              Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan pakaian tradisi masyarakat Kuala Penyu sekaligus mempromosi hasil usaha dan kreativiti jahitan daripada pereka fesyen kelahiran Kuala Penyu yang telah banyak menyumbang menghasilkan jahitan pakaian tradisional serta mereka pakaian yang digunakan oleh peserta... read more

Menghadiri jemputan Sambutan Raya Anjuran Pejabat Daerah Kecil Menumbok

14 July 2017 |

             Pada 12 Julai 2017 Pusat Internet Pekan Menumbok telah menerima jemputan Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Daerah Kecil Menumbok. Pusat Internet Pekan Menumbok telah menghantar wakil bagi menghadiri Sambutan Hari Raya tersebut yang diadakan di dewan Kraftangan Menumbok. Sambutan Hari Raya Pejabat Daerah kecil Menumbok ini mengumpulkan ramai tetamu daripada jabatan – jabatan kerajaan dan organisasi yang terdapat di daerah kecil menumbok.  Sambutan Hari Raya ini dimulakan dengan kehadiran para tetamu yang dijemput seterusnya ucapan alu - aluan daripada Tuan Husin Bin Narion selaku Penolong Pegawai Daerah Kecil... read more

Kisah Kejayaan Celik IT Q1 2017 (Mohd Faiz Bin Matasan)

23 March 2017 | Kisah Kejayaan

            Kisah kejayaan Celik IT PI1M Pekan Menumbok pada kali ini ialah memperkenalkan adik Mohd Faiz Bin Matasan atau lebih dikenali dengan nama panggilannya Faiz. Adik Faiz merupakan anak bongsu daripada 3 adik beradik dan juga pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Menumbok. Adik Faiz berumur 12 tahun dan akan bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.             Adik Faiz sudah mula mempelajari asas ICT mengenai computer dan internet, serta telah pandai menggunakan internet dan computer bagi tujuan mencari maklumat dan menyiapkan... read more

Kisah Kejayaan Celik IT Q2 2017 (Vanessa Teo)

20 June 2017 | Kisah Kejayaan

             Kisah kejayaan Celik IT PI1M Pekan Menumbok pada kali ini ialah memperkenalkan adik Vanessa Teo merupakan anak jati Menumbok yang berasal daripada Kampung Darat Menumbok. Adik Vanessa merupakan pelajar lepasan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Menumbok.             Setelah habis menduduki peperiksaan SPM, adik Vanessa telah mengambil kesempatan untuk mengikuti Kelas Latihan ICT di PI1M Pekan Menumbok. Sebelum mengikuti Kelas ICT adik Vanessa hanya mengetahui perkara-perkara asas mengenai komputer sahaja.             Setelah mengikuti Kelas ICT dan membuat latihan-latihan ICT di sepanjang kelas, adik Vanessa lebih memahami mengenai... read more