Program Jom Sihat 2016

24 November 2016 |

Pada 19hb November 2016 yang lalu, pihak PI1M Pekan Menumbok telah berkesempatan untuk bekerjasama bersama pihak PI1M Pekan Kuala Penyu, PI1M Kg Bundu dan PI1M Kg Tenambak untuk mengadakan Program Jom Sihat 2016 yang telah diadakan di Balai Raya Kg Bundu. Program ini merupakan program yang dihadiri oleh komuniti sekitar Kuala Penyu dan juga Menumbok, seramai 46 orang komuniti telah berkesempatan untuk mengikuti program ini.

Antara pengisian program ini adalah acara senamrobik yang telah dikelolakan oleh Kumpulan Darlink Dancers dan diketuai oleh saudara Amin daripada Menumbok begitu menyeronokkan dan dapat menyihatkan badan. Program ini juga sekaligus dapat mempromosikan Pi1M dengan lebih dekat lagi dan pihak Pi1M juga dapat memberikan taklimat KDB secara ringkas kepada pengunjung yang hadir.  

Program Jom Sihat 2016 ini bermula seawal jam 7.00 pagi dan diakhiri dengan sesi bergambar dan juga jamuan sarapan pagi bersama komuniti yang hadir. Harapan kami melalui program ini, para komuniti tahu akan kepentingan senaman dan juga rekreasi tidak kira bersama komuniti mahupun keluarga masing-masing. Kami juga berharap agar aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh pihak Pi1M akan terus mendapat sokongan daripada komuniti.