Latihan Keusahawanan

13 December 2016 |

Pada 07hb dan 08hb Disember 2016, seramai 3 orang perserta telah mengikuti bengkel latihan keusahawanan yang diadakan bertempat di Pi1M Kg Bundu. Modul keusahawanan ini melibatkan 5 slot seperti pengenalan asas perniagaan, pemasaran melalui media sosial, pemasaran melalui Instagram, cara-cara membuat kain rentang (poster) dan juga blog. Melalui bengkel latihan keusahawanan ini, para peserta diajar untuk memasarkan produk perniagaan mereka melalui media-media ini agar peniagaan mereka dapat berkembang dan mendapat pasaran.

 

            Bengkel latihan seperti ini dapat menggalakkan para peserta untuk melebarkan sayap perniagaan untuk memasarkan perniagaan mereka ke suatu tahap yang lebih tinggi. Semoga latihan dan usahasama di antara PI1M Pekan Menumbok, PI1M Kg Bundu, dan PI1M Pekan Kuala Penyu ini dapat diteruskan di masa akan datang. Kami juga berharap agar melalui latihan keusahawanan ini sedikit sebanyak dapat membantu para peserta, dan harapan kami juga agar lebih ramai masyarakat yang akan berminat dalam bidang keusahawanan ini, serta dapat melibatkan diri untuk mengikuti kursus anjuran kami ini.