Program Sempena Cuti Sekolah

15 December 2016 |

Pada 14 Disember 2016, Pi1M Pekan Menumbok telah mengadakan Program Sempena Cuti Sekolah di Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Menumbok. Program Sempena Cuti Sekolah ini diadakan untuk mengisi masa lapang kanak – kanak Sekolah Rendah dan Menengah dengan aktiviti yang berfaedah. Peserta – peserta yang mengikuti program ini adalah daripada kanak - kanak sekolah rendah dan menengah. Program ini bermula pada jam 1.30 petang hingga 4.30 petang dan seramai 20 orang peserta mengambil bahagian di dalam program ini.

Program Sempena Cuti Sekolah bermula dengan taklimat KDB selama 30 minit, taklimat KDB pada kali ini adalah berkaitan dengan panduan keselamatan ketika bermain Applikasi Permainan Pokemon GO. Seterusnya peserta - peserta diminta untuk membuat kumpulan dan setiap kumpulan dianggotai seramai 5 orang ahli, terdapat 3 kumpulan keseluruhan dan acara pertama bagi program sempena cuti sekolah adalah melukis jawapan dengan tepat bagi soalan yang diberikan,setiap kumpulan akan melukis jawapan mereka mengikut dengan soalan yang telah diberikan. Acara seterusnya adalah permainan Invincible Blackbeard Pirates, permainan ini melibatkan semua peserta di dalam kumpulan dan setiap peserta akan memasukkan pedang mainan di dalam tong yang berisi patung mainan dan sekiranya patung tersebut terkeluar dari tong itu, peserta tersebut akan kalah. Program ini diteruskan dengan acara seterusnya iaitu membina Menara melalui bahan – bahan yang disediakan, bahan – bahan tersebut adalah straw, surat khabar, dan gam kertas. Acara membina Menara ini memerlukan peserta bekerjasama dengan baik di dalam kumpulan bagi membina Menara yang kukuh dan menarik. Acara yang terakhir di dalam program cuti sekolah ini adalah pecahkan belon dalam kumpulan, setiap kumpulan akan diberikan belon dan mereka perlu menjaga belon itu daripada pecah, permainan ini memerlukan peserta bergerak secara berkumpulan dan tidak membiarkan belon mereka di pecahkan pihak lawan. Setelah selesai semua permainan yang dipertandingkan juri akan mengumpul markah keseluruhan dan mengumumkan juara bagi Program Sempena Cuti Sekolah. Kumpulan 3 telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan markah tertinggi diikuti dengan naib juara kumpulan 1 dan tempat ketiga kumpulan 2. Penyampaian hadiah bagi setiap kumpulan telah disampaikan oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Menumbok.

Program Sempena Cuti Sekolah ini telah mencapai objektifnya iaitu mengisi masa lapang kanak - kanak sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Bagi pihak PI1M Pekan Menumbok mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kehadiran komuniti setempat dalam program – program yang dijalankan sebelum ini. Harapan kami penduduk kampung sekitar Pekan Menumbok dapat bersama-sama menyokong dalam menjayakan program-program yang akan diadakan di masa akan datang bersama dengan komuniti tempatan.