Kisah Kejayaan - Mohd Shahdan Bin Harris (Usahawan Ternakan Ayam Kampung & Tanaman Kelapa Pandan)

15 December 2016 | Kisah Kejayaan

NAMA PI1M       : PEKAN MENUMBOK

LOKASI             : MENUMBOK, KUALA PENYU SABAH

NAMA                : MOHD SHAHDAN BIN HARRIS

BUTIRAN DIRI   : 28 TAHUN, TARAF PENDIDIKAN DIPLOMA DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN SENDIRI                                 

 

          Kisah kejayaan PI1M Pekan Menumbok pada kali ini ialah memperkenalkan Encik Mohd Shahdan Bin Harris, merupakan anak jati Kampung Menumbok yang berasal daripada Kampung Tepi Laut Menumbok. Encik Shahdan merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan ternakan ayam kampung dan tanaman kelapa pandan.

          Minat yang tinggi dalam bidang ternakan dan juga tanaman telah mendorong Encik Shahdan untuk menjalankan perniagaan ini. Selain menjalankan perniagaan ternakan ayam kampung dan juga tanaman kelapa pandan, beliau juga turut membuat perkhidmatan dengan menjual ayam kampung sejukbeku, iaitu ayam kampung yang telah siap disembelih dan juga dibersihkan.

          Selain itu, harga bagi setiap jualan beliau juga adalah amat berpatutan dan pelanggan-pelanggan yang membeli jualan beliau bukan sahaja pelanggan di sekitar Menumbok, malah juga terdapat pelanggan-pelanggan dari daerah lain seperti Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Kota Kinabalu dan juga Labuan.

          Kejayaan dan usaha Encik Mohd Shahdan ini harus dijadikan contoh tauladan dan pembakar semangat terutama sekali kepada anak-anak muda supaya berani untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Minat yang tinggi dalam sesebuah bidang juga dapat ditonjolkan melalui perniagaan, dan bakat yang terpendam juga akan dapat diasah serta dipertingkatkan lagi melalui pengalaman perniagaan yang telah dilalui. Kisah kejayaan ini harus dijadikan contoh tauladan kepada masyarakat kerana berniaga merupakan satu langkah untuk memajukan diri sendiri dan perniagaan juga merupakan satu bidang yang harus dipertingkatkan lagi untuk memajukan dan mempertingkatkan taraf hidup dalam sesebuah masyarakat