Kisah Kejayaan - Azeana Binti Talip (Usahawan Gerai Makanan)

15 December 2016 | Kisah Kejayaan

NAMA PI1M       : PEKAN MENUMBOK

LOKASI             : MENUMBOK, KUALA PENYU SABAH

NAMA                : AZEANA BINTI TALIP

BUTIRAN DIRI    : 31 TAHUN, SURIRUMAH, TARAF PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN SENDIRI                                 

 

          Kisah kejayaan PI1M Pekan Menumbok pada kali ini ialah memperkenalkan Puan Azeana Binti Talip, merupakan anak jati Kampung Menumbok yang berasal daripada Kampung Seberang Menumbok. Puan Azeana merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan gerai makanan sendiri.

          Puan Azeana menjalankan perniagaan gerai makanan secara kecil-kecilan dengan menjual pelbagai jenis makanan seperti goreng pisang, cucur ubi, cucur udang, kuih bulan, pelbagai jenis minuman dan sebagainya. Perniagaan beliau ini kebiasaannya akan mula beroperasi di sebelah petang di kawasan tapak tamu di Pekan Menumbok.

          Selain itu, Puan Azeana juga tidak akan ketinggalan untuk menjalankan perniagaan beliau ini apabila adanya keramaian, program-program atau pesta-pesta yang diadakan di Menumbok. Harga yang dikenakan untuk setiap jualan juga adalah amat berpatutan, dan makanan yang telah dijual juga mempunyai rasa yang sedap dan mendapat pujian daripada pelanggan

          Kejayaan dan usaha Puan Azeana ini harus dijadikan contoh tauladan dan pembakar semangat kepada para surirumah dan anak-anak muda supaya berani untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan, kerana Puan Azena merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan beliau berani untuk menceburkan diri dalam perniagaan bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Kisah kejayaan ini harus dijadikan contoh tauladan kepada masyarakat kerana berniaga merupakan satu langkah untuk memajukan diri sendiri dan perniagaan juga merupakan satu bidang yang harus dipertingkatkan lagi untuk memajukan dan mempertingkatkan taraf hidup dalam sesebuah masyarakat