Usahawan Ternakan Ayam Kampung - Encik Mohd Shahdan Bin Harris

15 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

          Encik Mohd Shahdan Bin Harris, merupakan anak jati Kampung Menumbok yang berasal daripada Kampung Tepi Laut Menumbok. Encik Shahdan merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan ternakan ayam kampung di Menumbok.

          Minat yang tinggi dalam bidang ternakan telah mendorong Encik Shahdan untuk menjalankan perniagaan ini. Selain menjalankan perniagaan ternakan ayam kampung, beliau juga turut membuat perkhidmatan lain iaitu menjual ayam kampung sejukbeku, iaitu ayam kampung yang telah siap disembelih dan juga dibersihkan.

          Selain itu, harga bagi setiap jualan beliau juga adalah amat berpatutan dan pelanggan-pelanggan yang membeli jualan beliau bukan sahaja pelanggan di sekitar Menumbok, malah juga terdapat pelanggan-pelanggan dari daerah lain seperti Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Kota Kinabalu dan juga Labuan.