Usahawan Gerai Makanan - Puan Azeana Binti Talip

26 October 2016 | Profil Usahawan Tempatan

         Puan Azeana Binti Talip, merupakan anak jati Kampung Menumbok yang berasal daripada Kampung Seberang Menumbok. Puan Azeana merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan gerai makanan sendiri.

         Puan Azeana menjalankan perniagaan gerai makanan secara kecil-kecilan dengan menjual pelbagai jenis makanan seperti goreng pisang, cucur ubi, cucur udang, kuih bulan, pelbagai jenis minuman dan sebagainya. Perniagaan beliau ini kebiasaannya akan mula beroperasi di sebelah petang di kawasan tapak tamu di Pekan Menumbok.

         Selain itu, Puan Azeana juga tidak akan ketinggalan untuk menjalankan perniagaan beliau ini apabila adanya keramaian, program-program atau pesta-pesta yang diadakan di Menumbok. Harga yang dikenakan untuk setiap jualan juga adalah amat berpatutan, dan makanan yang telah dijual juga mempunyai rasa yang sedap dan mendapat pujian daripada pelanggan