Usahawan Tanaman Kelapa Pandan - Encik Mohd Shahdan Bin Harris

28 January 2016 | Profil Usahawan Tempatan

          Encik Mohd Shahdan Bin Harris, merupakan anak jati Kampung Menumbok yang berasal daripada Kampung Tepi Laut Menumbok. Encik Shahdan merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan tanaman kelapa pandan di Menumbok.

          Minat yang tinggi dalam bidang tanaman telah mendorong Encik Shahdan untuk menjalankan perniagaan ini. Lokasi tanaman kelapa pandan beliau ini ialah di Kampung Peringan Menumbok. Harga yang ditawarkan untuk kelapa pandan yang dijual adalah amat berpatutan dan pelanggan-pelanggan yang membeli jualan beliau bukan sahaja pelanggan di sekitar Menumbok, malah juga terdapat pelanggan-pelanggan dari daerah lain seperti Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Kota Kinabalu dan juga Labuan.