Usahawan Kereta Sewa - Encik Abdul Razak Bin Jaulin

25 February 2016 | Profil Usahawan Tempatan

          Encik Abdul Razak Bin Jaulin merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan perkhidmatan kereta sewa di Menumbok. Nama syarikat kereta sewa beliau ialah RK Car Rental. Lokasi perniagaan beliau ini dibuat dirumah beliau sendiri iaitu di Kampung Telisai Menumbok, di mana lokasi ini adalah amat sesuai sekali kerana berdekatan dengan Terminal Feri Menumbok.

          Harga yang ditawarkan bagi setiap kereta yang disewakan juga adalah harga mampu sewa dan juga berpatutan. Antara jenis-jenis kereta yang disewakan oleh beliau ialah kereta jenis Perodua Myvi dan Perodua Viva iaitu dengan jenis yang berbeza iaitu jenis auto atau manual. Kebanyakan penyewa kereta yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa ini ialah merupakan penyewa daripada Labuan dan juga penyewa daripada daerah-daerah lain yang berdekatan dengan Menumbok.