Usahawan Kereta Sewa (HN TRANZ CAR RENTAL) - Encik Harris Bin Puteh

28 September 2016 | Profil Usahawan Tempatan

          Encik Harris Bin Puteh merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan perkhidmatan kereta sewa (HN TRANZ CAR RENTAL) di Menumbok. Beliau mula menjalankan perniagaan ini pada tahun lalu iaitu pada tahun 2015. Perniagaan ini beroperasi di pejabat kereta sewa beliau sendiri iaitu lokasi pejabat tersebut berdekatan dengan Terminal Feri Menumbok. Kebiasaannya penyewa yang ingin menyewa kereta boleh membuat tempahan terlebih dahulu, atau boleh terus sahaja ke pejabat kereta sewa beliau.

          Kebiasaannya pelanggan beliau merupakan daripada masyarakat daripada Labuan, ini kerana pelanggan lebih mudah untuk menyewa kereta di seberang disebabkan keperluan feri untuk kenderaan yang tidak mencukupi, urusan sekejap sahaja di seberang, dan sekiranya berlaku kecemasan kerja dan sebagainya yang tidak diduga.

          Perniagaan kereta sewa beliau menyediakan kereta jenis manual dan auto, antaranya ialah kereta jenis Proton Saga, Perodua Viva, Perodua Kenari dan Perodua Myvi. Harga yang dikenakan juga adalah amat berpatutan dan sekiranya pelanggan menyewa dalam tempoh yang lama diskaun kadar sewa akan diberikan.