Mengenai PI1M


Maklumat PI1M Pekan Menumbok

 

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

            Pi1M Pekan Menumbok telah beroperasi bermula pada 21/05/2013 sehingga ke hari ini. Antara tujuan dan objektif utama penubuhan PI1M Menumbok adalah :

1. Untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
2.Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan serta aktiviti yang dijalankan di PI1M Pekan Menumbok.
3.Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
4.Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

 

            Terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pi1M Pekan Menumbok. Antaranya ialah :

1.     Menaip (Berbayar)

2.     Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli)

3.     Perkhidmatan komputer dan internet

4.     Wifi KTW

5.     Sewa Bilik Mesyuarat

6.     Pinjaman Netbook 1 Malaysia (Untuk Ahli Sahaja)

7.     Fotostat, Print, Laminate Dan Scan

8.     Kelas Latihan Keusahawanan

 

 

Maklumat PI1M & Komuniti Pekan Menumbok

 

Lokasi

Pekan Menumbok

UST Area

Menumbok

Daerah

Menumbok

Negeri

Sabah

Populasi

800 orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Nelayan, penguasaha bot tambang, bekerja sendiri, perniagaan kecil-kecilan, sektor kerajaan dan sektor swasta

Jumlah Keahlian

(setakat 30 September 2015)

382 orang ahli

Lat/Long PI1M

21 Mei 2013

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

21 Mei 2013

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Mohd Redzuan Helmi Bin Awang Zaini

Email: redzuan@celcom1cbc.com

No Telefon: 019-8318022

 

Penolong Pengurus

Nama: Hazriyana Binti Harris

Email: hazriyana@celcom1cbc.com

No Telefon: 016-4464324

Website

http://www.celcom1cbc.com/menumbok

Kampung Tanpa Wayar

1.     Celcom Tower Menumbok (Telco Tower)

2.     PI1M Pekan Menumbok (20m CBC Tower)