Ekonomi dan Keusahawanan

Mengenai ekonomi dan keusahawanan penduduk di Menumbok ini ialah,
penduduk di sini menjalankan perniagaan sendiri, bekerja sendiri, bekerja sebagai
nelayan, menjalankan perusahaan bot laju dan sebagainya.
Gerai Makan
- Penduduk di Menumbok juga telah menjalankan perniagaan gerai makan
sendiri, di mana gerai-gerai makan ini boleh didapati di sekitar kawasan
Menumbok terutama sekali di sekitar Pekan Menumbok dan Terminal Menumbok
seperti yang telah diketahui sering menjadi tempat kunjungan masyarakat yang
sering singgah di Menumbok ini. Selain itu, gerai-gerai makan ini juga boleh
didapati di kawasan-kawasan kampung di sekitar Pekan Menumbok ini.
Kedai Keperluan atau Kedai Runcit
- Penduduk di Menumbok ini juga telah menjalankan perniagaan sendiri
iaitu perniagaan kedai keperluan atau kedai jualan runcit. Kedai-kedai ini
boleh didapati di kawasan sekitar Menumbok terutama sekali di Pekan Menumbok
dan Terminal Menumbok. Kedai-kedai ini juga terdapat di kampung-kampung di
sekitar Menumbok, hal ini lebih memudahkan kepada penduduk kampung untuk tidak
perlu pergi jauh ke Pekan Menumbok bagi membeli barang-barang keperluan mereka.
Nelayan
- Majoriti penduduk Menumbok ini juga bekerja sebagai nelayan, seperti
yang telah diketahui bahawa Menumbok ini dikelilingi oleh kawasan laut dan
sungai bagi memudahkan nelayan-nelayan untuk pergi ke laut dan menangkap hasil.
laut. Menumbok juga telah terkenal dengan pengeluaran hasil laut melalui
hasil-hasil laut yang telah ditangkap oleh nelayan. Oleh yang demikian, pada
setiap tahun nelayan-nelayan ini akan diraikan dengan mengadakan Sambutan Pesta
Nelayan Menumbok sebagai menghargai titik peluh nelayan yang telah bertungkus
lumus untuk menangkap hasil laut bagi memenuhi keperluan masyarakat.
Kebiasaannya hasil-hasil tangkapan nelayan ini akan dijual ke daerah-daerah
lain seperti Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang dan juga tidak ketinggalan Pulau
Labuan.
Pengusaha Bot Laju
- Kebanyakkan penduduk di Menumbok ini juga telah menjalankan perusahaan
bot laju, seperti yang diketahui perkhidmatan bot laju ini adalah bagi membawa
penumpang-penumpang daripada Labuan dan Menumbok. Permintaan yang semakin
tinggi daripada penumpang-penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini kerana
perkhidmatan bot laju ini akan cepat sampai berbanding menggunakan feri. Harga
yang dikenakan pada masa kini juga amat berpatutan jika dibandingkan dengan
harga yang dulu. Keselamatan perkhidmatan bot laju ini juga telah
dipertingkatkan, kerana sebelum ini jenis bot laju yang digunakan ialah
diperbuat daripada kayu dan pada masa kini bot laju yang digunakan adalah
diperbuat daripada jenis fiber yang telah dijangkakan lebih tahan lama dan
selamat untuk digunakan.
Bekerja Sendiri
- Masyarakat di Menumbok ini juga kebanyakkannya telah bekerja sendiri
iaitu menjalankan perniagaan gerai kecil-kecillan dan kerja-kerja yang
memerlukan upah seperti melakukan kerja-kerja pertukangan, menjahit, membuka gerai
burger, gerai goreng pisang, membuat kuih muih, membuat kerepek, perusahaan
ikan kering, gerai panggang, berkebun dan sebagainya. Kebiasaannya gerai-gerai
mereka ini mudah untuk dijumpai di kampung-kampung di sekitar Menumbok ini.