Kemudahan Awam

Terdapat banyak kemudahan dan perkhidmatan yang doleh didapati di sekitar Pekan Menumbok ini seperti Sekolah, Masjid, Terminal Feri, Terminal Bas, Pejabat Pos, Kereta Sewa, Kedai Makan, Pasar Ikan, Dewan, Klinik Kesihatan, Padang, Kedai Keperluan Harian, Tamu Mingguan, dan sebagainya. Kemudahan dan perkhidmatan ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan penduduk di sekitar Menumbok, malah juga dapat memenuhi keperluan bagi orang luar yang datang dan singgah di Menumbok, terutama sekali orang luar yang pergi dan balik daripada Pulau Labuan.


Terminal Feri Menumbok

Terminal Feri Menumbok merupakan sebuah tempat yang sudah lama dikenali sejak dari dahulu lagi apabila bertandang ke Pekan Kecil Menumbok. Perkhidmatan yang disediakan di Terminal Feri Menumbok ini amat penting, terutama sekali bagi pengguna yang yang ingin pergi dan balik dari Menumbok ke Pulau Labuan.

            Antara Perkhidmatan yang telah disediakan ialah perkhidmatan feri kenderaan penumpang dan bot tambang laju yang berulang alik daripada Menumbok ke Pulau Labuan. Perkhidmatan yang telah disediakan telah semakin bertambah, kerana sebelum ini perkhidmatan yang telah disediakan ialah hanya perkhidmatan feri kenderaan penumpang serta bot tambang laju, dan sekarang perkhidmatan bot ekspres juga telah mula ada, iaitu bot ekspres ini boleh membawa penumpang seramai 42 orang dengan keadaan yang lebih selesa, tempoh perjalanan yang lebih pendek, dan juga waktu beroperasi mengikut masa yang telah ditetapkan pada setiap hari.

            Terminal Feri Menumbok pada ketika ini nampak lebih maju jika dibandingkan daripada sebelum ini. Ini kerana struktur bangunan dan sekitar terminal yang telah diubahsuai menjadikan terminal tersebut nampak lebih moden, teratur dan kemas. Operasi perkhidmatan yang disediakan juga semakin terancang dan teratur. Pengguna dapat menggunakan perkhidmatan yang ada dengan selesa, selamat dan juga kesesakan lalulintas di kawasan terminal juga dapat dikurangkan.

            Harga yang ditawarkan bagi setiap tambang perkhidmatan juga adalah amat berpatutan, kerana sebelum ini semua bayaran tambang ini ditanggung sendiri oleh rakyat, dan sekarang bayaran bagi tambang ini telah ditanggung sebanyak 50 peratus oleh kerajaan. Jika sebelum ini tambang bagi perkhimatan feri bagi seorang penumpang ialah RM5.00 dan sekarang bayaran tambang yang dikenakan hanya RM2.50 sahaja, serta sebelum ini bayaran bagi penumpang bot tambang laju ialah RM15.00 dan sekarang bayaran tambang yang dikenakan ialah RM7.50 sahaja.

            Kewujudan Perkhidmatan Terminal Feri ini amat penting bagi masyarakat luar dan juga kepada penduduk tetap di Menumbok. Ini kerana perkhidmatan yang disediakan ini dapat memberikan sumber pendapatan dan juga peluang pekerjaan pada masyarakat di sekitar Menumbok. Selain itu, berharap agar perkhidmatan ini juga dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi kemudahan serta perkhidmatannya agar dapat menigkatkan taraf hidup masyarakat di Menumbok, dan juga pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini akan berasa selesa dan berpuas hati apabila menggunakan perkhidmatan ini.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.