Komuniti

        Pekan Menumbok didiami oleh masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum majoriti yang menetap di pekan Menumbok ini adalah terdiri daripada suku kaum Brunei, diikuti kaum Kedayan, kaum Bisaya, kaum Cina, kaum Kadazan dan kaum Melayu.

        Mengenai sumber pendapatan penduduk kawasan pekan Menumbok pula, pendapatan utama mereka ialah sebagai kaum nelayan. Sebilangan daripada masyarakat ini melakukan aktiviti perniagaan seperti membuka kedai runcit dan menjalankan perkhidmatan bot laju sebagaimana kawasan Menumbok dikenali sebagai laluan utama ke Pulau Labuan yang terletak diseberang laut. Selain daripada itu, terdapat juga sebilangan masyarakat yang bekerja didalam sektor kerajaan seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, sektor swasta dan sebagainya.

        Masyarakat di daerah ini sangat terkenal dengan sikap peramah dan saling membantu di antara satu sama yang lain. Selain itu, mereka juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi dan saling bertoleransi walaupun terdapat perbezaan agama, bangsa, adat dan kepercayaan.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.