Maklumat Tempatan

Pekan Menumbok merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di Daerah Menumbok, merupakan di bawah kawasan DUN Kuala Penyu dan di bawah kawasan Parlimen P.177 Beaufort, yang mana mempunyai purata penduduk seramai 800 orang dan terdapat 7 buah  kawasan perkampungan di sekitar kawasan pekan Menumbok antaranya ialah Kampung Darat, Kampung Tepi Laut, Kampung Telisai, Kampung Padang Golf, Kampung Sekalong, Kampung Seberang dan Kampung Masjid. Mengikut sejarah dan cerita dari nenek moyang, nama Menumbok ini telah diambil bersempena dengan nama sejenis ikan pada masa dahulu iaitu nama Ikan Menumbuk


Pekan Menumbok ini terletak kira-kira 45km daripada Pekan Kuala Penyu dan mengambil masa perjalanan lebih kurang setengah jam daripada Kuala Penyu ke Menumbok jika menggunakan perjalanan darat. Selain itu, Menumbok juga terletak bersempadan dengan Pulau Labuan di mana masyarakat yang ingin ke Labuan atau ke Menumbok akan menggunakan perkhidmatan jalan laut dan darat yang telah disediakan di Terminal Feri dan Bas Menumbok.


 Boleh dianggarkan keadaan di Menumbok akan hari-hari sentiasa sibuk terutama sekali pada hujung minggu, waktu cuti persekolahan dan cuti umum yang panjang. Hal ini kerana masyarakat yang ingin menyeberang dari Menumbok dan Labuan akan menggunakan perkhidmatan jalan laut iaitu feri yang beroperasi siang dan malam dan juga perkhidmatan bot laju dan bot ekspres yang beroperasi pada waktu siang. Manakala bagi laluan jalan darat pula perkhidmatan yang digunakan ialah bas  dan kereta sewa yang akan menuju ke Kota Kinabalau, Beaufort, Kuala Penyu dan Keningau.


Majoriti penduduk di Menumbok ini terdiri daripada suku kaum Brunei, diikuti oleh kaum Kedayan, kaum Bisaya, kaum Cina, kaum Kadazan,  dan kaum Melayu. Sumber pendapatan penduduk di Menumbok ini ialah menjalankan perniagaan sendiri, nelayan, bekerja sendiri, bekerja di sektor kerajaan seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya, sektor swasta, berkebun dan sebagainya. 


            

 


           

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.