Pelancongan & Rekreasi

Pantai Mempakul Menumbok
Pantai Mempakul Menumbok merupakan sebuah tempat rekreasi bagi para penduduk di Menumbok ini. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sana seperti melakukan aktiviti pantai antaranya memancing, menjala, menangkap hasil laut dan sebagainya. Selain itu, keadaan sekitar pemandangan yang cantik dan juga kemudahan yang disediakan di sana seperti pondok-pondok dan tempat duduk menyebabkan penduduk memilih tempat tersebut untuk melakukan aktiviti luaran seperti berkelah dan berkhemah
Antara lain, kawasan sekitar pantai mempakul yang menarik juga menyebabkan penduduk di Menumbok selesa dan memilih Pantai Mempakul untuk mereka melakukan senaman luar seperti berjoging, berbasikal, bersukan dan sebagainya.
Selain itu, Pantai Mempakul juga
dipilih sebagai tempat berlangsungnya Pesta Nelayan Menumbok yang diadakan pada
setiap tahun. Pantai Mempakul yang strategik ini adalah amat sesuai sekali
kerana keadaan persekitarannya yang luas dapat melakukan banyak pertandingan
ketika pesta berlangsung dan pertandingan bagi kerja-kerja nelayan juga dapat
dibuat disebabkan faktor pantainya yang luas dan selesa.
Rumah Rehat Mempakul
Rumah Rehat ini terletaknya di Pantai Mempakul Menumbok dan merupakan di bawah pengurusan Majlis Daerah Kuala Penyu. Rumah Rehat ini mempunyai pemandangan yang amat menarik kerana keadaan rumah ini terletaknya di kawasan Pantai Mempakul.
Rumah Rehat ini biasanya akan disewa oleh pelancong-pelancong yang singgah di Menumbok atau sesetengah masyarakat yang akan tinggal menyewa di sini apabila mereka tertinggal untuk menaiki feri ke Labuan. Selain itu, Rumah Rehat ini juga akan menjadi tempat tinggal apabila berlangsungnya program-program yang diadakan di Menumbok menyebabkan orang luar yang bertugas atau terlibat di program tersebut akan tinggal menyewa di sini.
Selain itu, program-program juga
dapat dibuat di Rumah Rehat ini. Ini kerana ada kalanya melibatkan
program-program yang santai akan dibuat di sini yang memerlukan untuk program
itu menjalankan aktviti-aktiviti santai seperti barbeku, hari keluarga, jamuan
makan oleh persatuan-persatuan dan sebagainya.