Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Gambar paling banyak LIKE di Facebook Pi1M Mesilou

25 April 2017 | Info Teknikal

Pi1M Mesilou berkolaborasi bersama Jengketers Clothing untuk mengaktifkan Group Pi1M Mesilou di Facebook dan salah satu cara mengeratkan silaturahim bersama orang kampung seterusnya memperkenalkan Usahawan Jengketers Clothing Design dan Printing iaitu kepunyaan Encik Firdaus Wahab kepada umum. Mereka yang menyertai pertandingan ini sekiranya mendapat LIKE paling banyak akan diberikan baju secara percuma oleh Jengketers Clothing             ... read more

Program bersama Komuniti Kg Kundasang

22 April 2017 | Info Teknikal

Satu program diadakan bersama komuniti Kg Kundasang bergabung dengan Pi1M Desa Aman sebagai salah satu tanda penghargaan dan sokongan kelab tersebut.       ... read more

Program Bersama Anak-Anak Permata Negara

22 April 2017 | Info Teknikal

Pada hari Ahad yang lepas, satu program bersama anak-anak Kg Mesilou telah diadakan dan seterusnya memupuk semnagat mereka serta mencungkil bakat mereka yang terpendam. Pelbagai pertandingan telah diadakan semasa berlansungnya program tersebut. Antaranya adalah:  1) Pertandingan Gusti Lengan 2) Pertandingan Cari benda tersembunyi 3) Pertandingan mengeja Terpantas 4) Pertandingan Mewarna 5) Pertandingan Selfi/Wefie          Dengan Aktiviti diadakan ini mampu mengcungkil bakat mereka dipersada lebih tinggi. ... read more

Puan NoorLiza Binti Lapin (Usahawan Mary Kay)

29 March 2017 | Profil Usahawan Tempatan

       Puan Noorliza merupakan seorang perunding kecantikan bagi Produk Mary Kay. Baliau sangat aktif mempromosikan produk kecantikan ini kepada penduduk khususnya Kg Kundasang seterusnya seluruh Sabah. Beliau seringkali berjalan ke luar Kg Kundasang khususnya  untuk mencari bakal-bakal perunding kecantikan untuk meneruskan delegasi produk kecantikan ini. ... read more

Program Hari Terbuka Pi1M Mesilou

29 March 2017 | Info Teknikal

Program yang dirasmikan oleh En Samdin Rijin selaku pegawai daripada Pejabat Daerah dan jemputan yang lain iaitu En Haris selaku pegawai AADK Cawangan Ranau seterusnya Pameran Usahawan Pi1M Mesilou serta Pameran daripada Produk Kecantikan Mary Kay. Juga kepada orang kampung Mesilou yang terlibat sama memeriahkan program ini. Terima Kasih.          Penghargaan terima Kasih kepada Tuan Samdin yang datang merasmikan program Ini dan juga seterusnya VVIP yang lain seperti daripada Agensi Antidadah Ranau, Mar Kay, Usahawan Pi1M Mesilou dan seterusnya AJK yang bertungkus lumus serta Orang kampung yang turut memeriahkan program ini.    ... read more

Puan Azriani Nadzirah (Usahawan Produk kecantikan La'Soul)

08 March 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Azriani Nadzirah  merupakan seorang belia yang mula menceburkan diri dalam bidang “facial” iaitu Produk Kecantikan La'Soul yang sedang hangat diperkatakan mampu menjadikan kulit wajah halus, mulus dan cantik. Beliau baru berumur 23 tahun dan begitu minat dalam bidang tersebut. Beliau mula berkecimpung dalam bidang tersebut apabila ada rakan yang mengajak beliau dan hasil daripada penjualan produk ini mampu meningkatkan taraf ekonomi segelintir penduduk khasnya remaja wanita di Kg Kundasang.  Beliau menunjukkan cara-cara bagaimana membersihkan kulit wajah menggunakan Produk ini.      Antara peserta yang mengikuti kelas beliau.       ... read more

Program Bersama Komuniti dalam Bidang Mengait

08 March 2017 | Info Teknikal

    Pada 04 Mac 2017 bersamaan hari Sabtu yang lepas, PI1M Kg mesilou telah mengadakan satu program bersama komuniti Kg. Mesilou. Program ini disertai seramai 20 orang kanak-kanak dan remaja. Objektif progam ini diadakan adalah untuk menimbulkan minat dalam bidang usahawan dimana produk yang dihasilkan sendiri boleh dijadikan sebagai sumber kewangan sampingan. Antara pengisian aktiviti dalam program ini antara lainnya adalah taklimat Usahawan dan Advokasi. Diharapkan pada masa akan datang Pi1M Kg .Mesilou akan meneruskan usaha mengadakan program-program seumpama ini dan sokongan dari kominiti Kg Mesilou juga amat diharapkan.        ... read more

Program Usahawan Hujung Minggu Bersama Belia Kg Mesilou

08 March 2017 | Info Teknikal

Pada 05 Mac 2017 bersamaan hari Ahad yang lepas, PI1M Kg mesilou telah mengadakan satu program bersama komuniti Kg. Mesilou. Program ini disertai seramai 20 orang belia kampung dan dewasa. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini antaranya adalah taklimat Advokasi dan Kuiz Advokasi dan promosi perkhidmatan PI1M. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat kepada komuniti PI1M dan menjadikan PI1M sebagai pusat kegiatan aktiviti selain pusat informasi dan ICT. Antara pengisian aktviti dalam program ini ialah Kuiz ICT dan KDB, taklimat Advokasi dan promosi PI1M.           ... read more

PROGRAM BERSAMA BELIA KG MESILOU

28 February 2017 | Info Teknikal

Pada 25 haribulan bersamaan hari sabtu telah diadakan program bersama belia kg Mesilou dengan pelbagai acara diadakan seperti advokasi, menonton "Malaysian book of records" di youtube dan juga program usahawan dengan menghias pelbagai tempat acara pelamin atau pun majlis2 yang lain seperti akikah dan sebagainya. Mereka didedahkan dengan aktiviti yang boleh membina keyakinan diri sendiri seterusnya mempelajari bagaimana untuk membuat duit dengan hanya menggunakan bakat melalui program usahawan yang dianjurkan di Pusat Internet 1 Malaysia.        ... read more

PUAN SITINEH LASIM (USAHAWAN ICE BLENDED & PISANG GORENG CHEESE)

25 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Sitineh Lasim merupakan seorang ibu yang mula menceburkan diri dalam bidang perusahaan Ice Blended & Pisang Goreng Cheese. Beliau baru berumur 34 tahun dan begitu minat dalam bidang tersebut.      Puan Sitineh juga mengikusti kursus ICT yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Mesilou dalam menggunakan aplikasi Microsoft Office Word untuk membuat MENU di warung kepunyaanya. Selain daripada perniagaan tersebut, beliau juga merupakan salah satu perunding kecantikan Mary Kay dan tahu menggunakan alat solek untuk tampil lebih bergaya dan berkeyakinan.     ... read more

lagi berita & aktiviti