Berita Terkini

Puan Azriani Nadzirah (Usahawan Produk kecantikan La'Soul)

08 March 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Azriani Nadzirah  merupakan seorang belia yang mula menceburkan diri dalam bidang “facial” iaitu Produk Kecantikan La'Soul yang sedang hangat diperkatakan mampu menjadikan kulit wajah halus, mulus dan cantik. Beliau baru berumur 23 tahun dan begitu minat dalam bidang tersebut. Beliau mula berkecimpung dalam bidang tersebut apabila ada rakan yang mengajak beliau dan hasil daripada penjualan produk ini mampu meningkatkan taraf ekonomi segelintir penduduk khasnya remaja wanita di Kg Kundasang.  Beliau menunjukkan cara-cara bagaimana membersihkan kulit wajah menggunakan Produk ini.      Antara peserta yang mengikuti kelas beliau.       ... read more

Program Bersama Komuniti dalam Bidang Mengait

08 March 2017 | Info Teknikal

    Pada 04 Mac 2017 bersamaan hari Sabtu yang lepas, PI1M Kg mesilou telah mengadakan satu program bersama komuniti Kg. Mesilou. Program ini disertai seramai 20 orang kanak-kanak dan remaja. Objektif progam ini diadakan adalah untuk menimbulkan minat dalam bidang usahawan dimana produk yang dihasilkan sendiri boleh dijadikan sebagai sumber kewangan sampingan. Antara pengisian aktiviti dalam program ini antara lainnya adalah taklimat Usahawan dan Advokasi. Diharapkan pada masa akan datang Pi1M Kg .Mesilou akan meneruskan usaha mengadakan program-program seumpama ini dan sokongan dari kominiti Kg Mesilou juga amat diharapkan.        ... read more

Program Usahawan Hujung Minggu Bersama Belia Kg Mesilou

08 March 2017 | Info Teknikal

Pada 05 Mac 2017 bersamaan hari Ahad yang lepas, PI1M Kg mesilou telah mengadakan satu program bersama komuniti Kg. Mesilou. Program ini disertai seramai 20 orang belia kampung dan dewasa. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini antaranya adalah taklimat Advokasi dan Kuiz Advokasi dan promosi perkhidmatan PI1M. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat kepada komuniti PI1M dan menjadikan PI1M sebagai pusat kegiatan aktiviti selain pusat informasi dan ICT. Antara pengisian aktviti dalam program ini ialah Kuiz ICT dan KDB, taklimat Advokasi dan promosi PI1M.           ... read more

PROGRAM BERSAMA BELIA KG MESILOU

28 February 2017 | Info Teknikal

Pada 25 haribulan bersamaan hari sabtu telah diadakan program bersama belia kg Mesilou dengan pelbagai acara diadakan seperti advokasi, menonton "Malaysian book of records" di youtube dan juga program usahawan dengan menghias pelbagai tempat acara pelamin atau pun majlis2 yang lain seperti akikah dan sebagainya. Mereka didedahkan dengan aktiviti yang boleh membina keyakinan diri sendiri seterusnya mempelajari bagaimana untuk membuat duit dengan hanya menggunakan bakat melalui program usahawan yang dianjurkan di Pusat Internet 1 Malaysia.        ... read more

PUAN SITINEH LASIM (USAHAWAN ICE BLENDED & PISANG GORENG CHEESE)

25 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Sitineh Lasim merupakan seorang ibu yang mula menceburkan diri dalam bidang perusahaan Ice Blended & Pisang Goreng Cheese. Beliau baru berumur 34 tahun dan begitu minat dalam bidang tersebut.      Puan Sitineh juga mengikusti kursus ICT yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Mesilou dalam menggunakan aplikasi Microsoft Office Word untuk membuat MENU di warung kepunyaanya. Selain daripada perniagaan tersebut, beliau juga merupakan salah satu perunding kecantikan Mary Kay dan tahu menggunakan alat solek untuk tampil lebih bergaya dan berkeyakinan.     ... read more

Program bersama Tabika Kemas dan Perpustakaan Desa Kg.Mesilou

14 February 2017 | Berita Terkini

Pada 14 Februari 2017 bersamaan hari Selasa kelmarin, Pi1M Kg Mesilou sekali lagi telah mengadakan Program bersama Tabika Kemas dan Perpustakaan Desa Kg.Mesilou, bertempat di Tabika Kemas Kg.Mesilou. Program ini telah dihadiri seramai 16 orang pelajar tadika dengan diiringi seorang guru iaitu Cikgu Nailah Binti Abidin, serta petugas perpustakaan iaitu Pn. Norhasimah Awang Hasim dan Cik Norsabdurah.           Antara pengisian aktiviti dalam program ini adalah pertandingan mewarna, pertandingan membaca, aktiviti menyanyai lagu kanak-kanak ‘Didi and Friends’, teka bunyi haiwan dan kuiz ringkas Klik Dengan Bijak. PI1M Kg Mesilou juga telah memberikan... read more

Program Riang Ria Hujung Minggu Bersama PI1M Kg.Mesilou

12 February 2017 | Berita Terkini

Pada 12 Februari 2017 bersamaan hari Ahad yang lepas, PI1M Kg mesilou telah mengadakan satu program bersama komuniti Kg. Mesilou. Program ini disertai seramai 20 orang kanak-kanak dan remaja. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini antaranya adalah taklimat Advokasi dan Kuiz Advokasi, aktiviti mewarna, sukaneka berbentuk ‘indoor-games’, solving puzzle, dan promosi perkhodmatan PI1M. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat kepada komuniti PI1M dan menjadikan PI1M sebagai pusat kegiatan aktiviti selain pusat informasi dan ICT.                            ... read more

Program Keusahawanan bersama Komunti Kundasang Anjuran Bersama PI1M Rantau Ranau

07 February 2017 | Berita Terkini

             Pada 7hb Februari 2017, bersamaan hari Selasa,  PI1M Rantau Ranau iaitu PI1M Kg Desa Aman, PI1M Kg Mesilou, PI1M Kg Lohan dan PI1M Kg Bongkud telah menganjurkan Program Keusahawanan bersama komunti Kundasang bertempat di PI1M Kg Desa Aman, Kundasang. Tetamu undangan pada program kali ini adalah jurucakap dan perunding kecantikkan produk  “Mary Kay”, iaitu Pn.Norlizah Lapin.               Antara pengisian aktiviti dalam program ini adalah taklimat asas keusahawanan, ceramah Tips Kecantikkan, promosi produk Mary Kay, praktikal cara-cara penggunaan peralatan alat... read more

Program Santai Hujung Minggu iaitu "Membuat Origami Terbuka bersama pengunjug PI1M dan Menonton Ran

22 January 2017 | Info Teknikal

Pada 22hb Januari 2017 bersamaan hari Ahad lalu, PI1M Kg.Mesilou telah mengadakan Program Santai Hujung Minggu iaitu "Membuat Origami Terbuka  bersama pengunjug PI1M dan Menonton Rancangan Kartun “Upin & Ipin”. Kebetulan pada minggu tersebut terdapat sekumpulan pelajar dari UKM, Selangor datang membuat kerja lapangan di Kg.Mesilou. Mereka telah mengajar kanak-kanak yang hadir ke program ini untuk membuat pelbagai jenis origami. Antara pengisian aktiviti dalam program ini adalah menonton rancangan Kartun “Upin & Ipin”, Kuiz ringkas tentang nilai-nilai murni dalam cerita “Upin & Ipin” yang sudah ditonton,  belajar membuat Origami terbuka  bersama... read more

Program Usahawan bersama Kelab Usahawan Cilik “ Membuat Book Planner D.I.Y”.

21 January 2017 | Info Teknikal

Pada 21hb Januari 2017 bersamaan hari Sabtu yang lalu, PI1M Kg.Mesilou telah mengadakan satu program keusahawanan iaitu Program Usahawan bersama Kelab Usahawan Cilik “ Membuat Book Planner D.I.Y”. Seramai 15 orang kanak-kanak dan remaja telah mengikuti program ini dan berjaya menyiapkan ‘book planner’ masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah aktiviti pembelajaran melalui Youtube dengan melihat cara-cara membuat ‘book planner’ ,  taklimat ringkas tentang faedah menjalankan perniagaan dan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan.  Selain itu diselitkan juga taklimat Advokasi dan sesi Q&A  Advokasi bagi menilai sejauh mana pemahaman mereka berkenaan... read more