BENGKEL SISTEM MAKLUMAT RUKUN TETANGGA DI DALAM SISTEM e-RT

25 November 2016 | Berita Terkini


Pada hari rabu baru-baru ini, iaitu 09 November 2016, satu bengkel system maklumat rukun tetangga di dalam system e-RT telah dijalankan. Program tersebut bermula pada jam 10.00 pagi. Sebelum bengkel dijalankan, bebrapa promosi telah dikendalikan seperti memperkenalkan pusat internet 1 malaysia dan memberi pendedahan terhadap perkhidmatan yang terdapat di PI1M, promosi program advokasi yang dijalankan, promosi kelas keusahawanan dan kempen E-waste yang dikendalikan oleh kakitangan PI1M Kg mesilou sendiri. Bengkel system maklumat rukun tetangga dimulakan setelah selesai sesi promosi dan kempen E-waste dijalankan. Kelas  ICT warga emas juga dijalankan semasa bengkel system maklumat rukun tetangga ini berlangsung. Seramai 20 orang peserta melibatkan diri pada hari tersebut. Program berlangsung selama 6 jam itu berakhir pada jam 4.00 petang.