PROGRAM ADVOKASI & KEUSAHAWANAN BERSAMA KOMUNITI MUKIM KUNDASANG_KRAFTANGAN D.I.Y LACI KECIL & BAKUL

25 November 2016 | Berita Terkini

Pada hari sabtu baru-baru ini, iaitu 12 November 2016, satu program advokasi dan keusahawanan bersama komuniti mukim Kundasang – Kraftangan D.I.Y laci kecil dan bakul kertas telah dijalankan. Program tersebut bermula pada jam 9.00 pagi. Sebelum program kraftangan dijalankan, bebrapa taklimat telah dijalankan seperti taklimat klik dengan bijak, taklimat keusahawanan cilik dan kempen E-waste yang dikendalikan oleh kakitangan PI1M Kg mesilou sendiri. Sesi kraftangan dimulakan setelah selesai sesi taklimat Klik dengan Bijak, taklimat keusahawanan dan kempen E-waste dijalankan. Para Peserta amat komited dan seronok sepanjang program keusahawanan ini berlangsung. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan dan cara memupuk semangat usahawan dalam kalangan masyarakat semenjak kanak-kanak. Selain itu, kepentingan ilmu ICT sangat penting untuk dikuasai pada zaman siber ini bagi melancarkan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan seperti membuat promosi di media social dan mereka cipta poster iklan. Seramai 13 orang peserta melibatkan diri pada hari tersebut. Program berlangsung selama 6 jam itu berakhir pada jam 3.00 petang.