PROGRAM USAHAWAN MEMBUAT KUIH TRADISIONAL (PINJARAM)

29 November 2016 | Berita Terkini

Pada 27hb November 2016 yang lepas, satu program usahawan telah diadakan bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Desa Aman. Seramai 20 orang telah hadir dan cikgu yang mengajar ialah Puan Gutimie yang berasal dari Kg Desa Aman. 

Sebelum kelas usahawan ini diadakan, satu ceramah advokasi telah disampaikan oleh staff Pi1M sendiri dan tujuan utama ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua yang hadir berkenaan dengan keselamatan penggunaan internet sebagai contoh jangan kongsi sebarang kata laluan dan sebagainya. 

Program ini sangat berjaya dan mereka amat seronok dan bersemangat untuk belajar. Semoga kursus seperti ini akan terus diadakan pada masa hadapan dan mendapat sambutan luar biasa.