PROGRAM MEMBUAT KAD SEMPENA PERAYAAN HARI KRISMAS

15 December 2016 | Berita Terkini

                                                              

                                                       

 


Sempena bulan Krismasyang bakal tiba, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Mesilou telah mengadakan aktiviti membuat kad sempena hari Krismas bersama komuniti Kg Mesilou. Aktiviti ini diadakan di Pi1M Kg Mesilou bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada jam 2 petang dan disertai oleh 20 orang peserta ahli PI1M. Pengisian aktiviti ini diterangkan melalui staff Pi1M sendiri dan mereka dikehendaki membuat kad dengan pelbagai jenis kertas warna dan semestinya bertemakan hari Krismas. Peserta kemudiannya meneruskan aktiviti dengan mencari kata yang bertemakan krismas dan juga mereka didedahkan dengan maksud hari krismas tersebut melalui tayangan video melalui Youtube.