PROGRAM ADVOKASI BERSAMA KOMUNITI SEMPENA CUTI SEKOLAH

17 December 2016 | Berita Terkini

                                                      

 

Sempena cuti sekolah akhir tahun 2016, Pi1M Kg Mesilou telah mengadakan satu ceramah iaitu mengenai penggunaan Internet secara berhemah atau lebih dikenali sebagai program Advokasi iaitu Klik Dengan Bijak. Aktiviti ini disertai oleh peserta yang terdiri daripada Ahli Pi1M. Dalam ceramah ini Staff Pi1M telah memberi perkongsian tentang langkah-langkah dan tindakan yang perlu pengguna buat semasa melayari internet agar tidak menjadi mangsa ataupun salah guna internet. Perkongsian ini turut dikuatkan dengan tayangan video pendek berkenaan dengan isu dan tips tentang penggunaan internet secara bijak.

Melalui ceramah ini peserta secara tidak langsung mendapat kesedaran tentang pentingnya berbudi bahasa dan berhemah ketika menggunakan internet terutamanya media sosial seperti Facebook.