PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

17 December 2016 | Berita Terkini

Pada 15 Disember 2016, satu gotong royong telah dilakukan di kawasan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Mesilou dan para peserta yang terlibat keseluruhannya adalah Ahli Pi1M sendiri. Mereka sangat bekerjasama antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan Pi1M. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah dalam memupuk semangat berkumpulan dan mereka juga didedahkan dengan sikap tolong menolong antara satu sama lain.