KISAH KEJAYAAN PUAN JASUMIAH JAPI (LADANG STRAWBERRY)

23 December 2016 | Kisah Kejayaan

                                                                                      

 

Jasumiah Japi

50 tahun, Bekerja sendiri

Sudah Berkahwin

Tahap pendidikan : Diploma Pertanian

Pautan facebook : https://www.facebook.com/jasumiah.jas

Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Walaupun begitu, Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Secara kebetulan, Beliau sangat meminati bidang perladangan atau pertanian. Setelah diberi galakkan oleh suami dan keluarga, Beliau menceburi bidang perladangan atau pertanian secara kecil-kecilan. Beliau memulakan aktiviti bertani ini dengan hanya menanam bunga-bungaan dihalaman rumah yang mana aktiviti bertani ini menjadi satu hobi kepada Beliau. Pada mulanya, Beliau menanam pelbagai jenis bunga yang sesuai ditanam dihalaman rumah seperti bunga raya, ros dan bunga kertas. Setelah menanam bunga-bungaan Beliau membuat perancangan untuk menanam dan mengusahakan ladang strawberry kerana Beliau juga berminat untuk menanam strawberry.

Beliau mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi komputer dan internet. Walaupun mempunyai pengetahuan itu, ianya tidak dapat dieksplotasikan potensinya kerana kampung Beliau kurang terdedah kepada teknologi ini kerana faktor petempatan luar bandar. Selepas kewujudan Pusat Internet di kampung, barulah Beliau mempunyai peluang untuk menggunakan pengetahuan yang Beliau miliki dengan lebih meluas. Dengan kemudahan yang disediakan di pusat ini, Beliau memulakan fasa baru dalam perniagaan Beliau sejajar dengan perkembangan teknologi zaman ini iaitu semuanya hanya dihujung jari. Beliau mula memasarkan hasil pertanian di internet melalui facebook dan alhamdulillah sambutannya agak memberansangkan dari Sabah sendiri serta Semenanjung Malaysia. Beliau menggunakan media social seperti facebook dan blog sebagai medium pengiklanan perusahaan ladang strawberry Beliau ini.